‘Potensi tinggi, pulangan munasabah’, CEO TH ulas isu jual beli aset
Nik Mohd Hasyudeen Yusoff berkata aset yang lama dipegang boleh dijual jika potensinya tinggi dan pulangannya munasabah.
KUALA LUMPUR: “Potensi tinggi” dan “pulangan munasabah” antara perkara yang mendasari jual beli aset, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, mengatakan ia perkara lazim dalam urusan pelaburan.
“Sebagai pengurus pelaburan memang kerja kita jual dan beli, jadi ada ketika kita beli dan bila sampai masa, atau kita rasa nak labur dalam aset lain, kita jual dan beli yang lain,” katanya kepada pemberita di satu program sumbangan di Menara Tabung Haji hari ini.
Hasyudeen ditanya pemberita adakah Tabung Haji merancang untuk menjual lagi asetnya. Sebelum ini di Dewan Rakyat, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata TH sehingga 30 Jun lepas sudah menjual saham dan harta berjumlah RM1.2 bilion.
Menurut Fuziah, penjualan saham, instrument kewangan dan hartanah itu menghasilkan keuntungan RM61 juta kepada TH.
Di samping itu, bagi tempoh enam bulan pertama 2019, TH peroleh pendapatan berjumlah RM1.32 bilion, yang dilabur semula dalam pelbagai instrumen kewangan, terutama saham yang berpotensi di Bursa Malaysia.
Pada Okt, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa menepis dakwaan TH melepaskan pegangan aset dan ekuiti berjumlah RM2.6 bilion dalam tempoh tiga bulan.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
“Ia akan menimbulkan panik dalam pasaran” katanya menjawab dakwaan Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki.