Mi segera dari Malaysia antara yang terbaik di dunia!

Setiap kali anda pergi ke mana-mana, pasti anda akan memikirkan jenis makanan yang ringkas dan mudah dibawa sebagai “lapik perut”.

Begitu juga dengan pelajar sekolah, anda akan tetap membawa makanan yang ringkas untuk dimakan dengan mudah iaitu mi segera.

Walaupun ramai yang mendakwa ia bukan makanan yang sihat namun tahukah anda mi segera mempunyai pengikut yang ramai dan makanan paling popular oleh kebanyakan orang?

Bukan itu sahaja, malah mi segera dari Malaysia juga telah dinobatkan antara yang terbaik di dunia!

Laporan Los Angeles Times menyenaraikan beberapa jenis makanan yang digilai ramai.

Berdasarkan laporan itu, mi segera paling sedap di dunia dari Indonesia iaitu Indomie BBQ Chicken dan diikuti dengan MyKuali Penang White Curry dari Malaysia.

Menariknya terdapat tiga mee segera dari Malaysia yang tercalon iaitu MyKuali Penang White Curry, Ibumie Mi Goreng Curry Kopitiam dan MyKuali Penang Spicy Prawn.

Laporan ini turut dikongsi dalam laman sosial Instagram Seasia.co tentang pilihan mi segera paling baik sepanjang 2019.

Ia mendapat 6,622 “like” dan 481 komen daripada netizen dan ramai yang mengakui pilihan penulis tepat dengan meletakkan Indomie BBQ Chicken dan Penang White Curry pada tempat pertama dan kedua dalam carta.

Kita sebagai rakyat Malaysia perlu berbangga dan bertuah dengan makanan mi segera yang dinobatkan antara makanan yang sedap di dunia!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]