Persatuan sokong seruan tangani isu gaji tak adil doktor kontrak

Presiden MMA, Dr N Ganabaskaran (tengah) bersama Dr Kevin Ng (kanan) pada sidang media hari ini. Di kiri adalah Rissa Soetama, COO MMA.

KUALA LUMPUR: Persatuan perubatan tertinggi menyeru gaji doktor-doktor kerajaan kontrak setanding gaji lantikan tetap di perkhidmatan awam, disebalik perdebatan berterusan mengenai ganjaran tidak adil di sektor kesihatan awam.

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berkata adalah tidak adil pegawai perubatan (MO) kontrak yang tamat tempoh latihan dua tahun diberi gred skala gaji lebih rendah berbanding mereka yang diserap sebagai doktor tetap walaupun kedua-duanya melakukan kerja yang sama.

Pada masa ini doktor-doktor baru bawah kontrak diberi gred U41 berbanding gred U44 rakan-rakan sejawat tetap, dengan perbezaan sebanyak RM364.

“Perbezaan bayaran tidak terlalu besar tetapi ini soal pengiktirafaran. Kita mesti pastikan keadilan untuk semua doktor,” kata Dr Kevin Ng, yang mengetuai Seksyen Mengenai Doktor Pelatih, Pegawai Perubatan dan Pakar MAA, pada sidang media hari ini.

Persatuan-peratuan lain yang menyertai sidang media hari ini adalah Malaysian Medics International (MMI), Persatuan Perubatan Islam Malaysia (Imam), Persatuan Pergigian Malaysia, dan Seksyen Mengenai Pegawai Pergigian dan Pakar (Scodos).

Ng berkata kos pada kerajaan bagi menyamakan gaji mereka adalah RM11 juta setahun.

Jawatan kontrak mula diperkenalkan pada 2016. Pada masa ini, doktor-doktor baru yang sudah menjalani tempoh latihan dua tahun mesti berkhidmat sebagai pegawai perubatan di hospital-hospital kerajaan selama dua tahun.

Kerajaan bagaimanapun tidak wajib mengambil mereka sebagai kakitangan tetap atau melanjutkan kontrak mereka, menyebabkan ramai dalam kalangan mereka menyertai klinik swasta atau menjadi ahli akademik.

Isu ini muncul selepas MMI menyeru sistem kontrak bagi doktor di hospital-hospital swasta dikaji semula, mengatakan kakitangan kontrak melakukan kerja yang sama pada bayaran yang lebih rendah.

Minggu lepas, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad mempertahankan sistem kontrak itu, mengatakan kerajaan tidak boleh menyerap semua lepasan perubatan kerana tertakluk kepada kekosongan jawatan di hospital.

Dzulkefly kemudian berkata kerajaan akan tangani keadaan doktor-doktor pelatih kontrak.

Ng berkata tempoh kontrak bagi MO tidak harus dipanjangkan, mengatakan kontrak enam tahun sudah ideal untuk memberikan peluang kepada doktor untuk mengkhusus. Seorang doktor boleh memilih pengkhususan selepas empat tahun berkhidmat.

Beliau berkata daripada kumpulan pertama MO kontrak, hanya separuh diserap sebagai kakitangan tetap.

Presiden MMA, Dr N Ganabaskaran memberi amaran ramai daripada mereka mungkin akan menganggur.

Sementara itu, MMA mengalu-alukan seruan Kementerian Kesihatan untuk mengadakan 21,000 jawatan baru.

“Kita ada hospital awam mencukupi untuk menerima pelantikan lebih ramai doktor-doktor tetap.”

Ng bersetuju dalam jangka masa panjang ada keperluan untuk mengawal lepasan perubatan dari 350 proram perubatan yang diiktiraf yang ditawarkan universiti tempatan dan antarabangsa.

Tetapi menarik balik pengiktirafan ke atas program-program itu adalah tidak ada bagi pelajar-pelajar semasa.

Beliau berkata langkah jangka masa panjang adalah memperkenalkan peperiksaan kemasukan bagi pelajar melayakkan diri untuk belajar perubatan dan peperiksaan pelesenan sepunya bagi memastikan keseragaman standard.

Beliau berkata cara lain adalah menaikkan caj RM1 bagi perundingan pesakit luar bukan kecemasan di hospital-hospital awam dan klinik-klinik kerajaan bagi meningkatkan dana untuk sektor kesihatan awam.

Beliau berkata kenaikan antara RM1 dan RM5 akan menjana tambahan sebanyak RM110 juta setahun.