Sarung kaki bertakhta kristal milik Michael Jackson dilelong RM4.14 juta
Peminat yang fanatik dengan mana-mana selebriti kebiasaannya sanggup melakukan apa sahaja termasuklah menghabiskan wang membeli barangan peribadi milik selebriti itu.
Setiap artis mempunyai peminatnya tersendiri sehingga ada yang sanggup mengikuti apa sahaja aktiviti artis tersebut kerana terlalu fanatik.
Selain itu terdapat juga segelintir peminat yang meniru gaya dan fesyen selebriti tersebut.
Bukan itu sahaja malah ada yang sanggup membeli pakaian “preloved” yang dijual milik artis tersebut walaupun dengan harga yang mahal.
Dan itulah yang berlaku kepada mendiang Michael Jackson apabila sarung kakinya dijual dengan nilai RM4.14 juta pada acara lelongan oleh Gotta Have Rock and Roll.
Sarung kaki itu pernah dipakai Michael Jackson 40 tahun lalu dengan melakukan aksi “moonwalk” semasa konsert Motown 25: Yesterday, Today, Forever.
Malah sarung kaki tersebut direka khas untuk selebriti itu kerana ia bertakhtakan kristal di bahagian atas buku lali.
Gotta Have Rock and Roll mengharapkan sarung kaki ini akan terjual dengan harga $1 juta USD termasuk dengan barang-barang Michael Jackson yang lain seperti suit Victory Tour dan jersi Chicago Bulls yang ditandatangani Micheal Jackson sendiri.
Lelongan itu akan dibuat pada 13 November sehingga 22 November ini di laman web Gottahaverockandroll.com.
Michael Jackson meninggal dunia di usia 50 tahun pada 2009, dipercayai akibat dos berlebihan iaitu dadah jenis prosofol di rumahnya, Los Angeles.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]