Wee Jeck Seng tak tentang Jawi, kata Najib

PEKAN NANAS: Bekas perdana menteri Najib Razak menafikan calon Barisan Nasional (BN), Wee Jeck Seng menentang tulisan Jawi.

Beliau berkata dakwaan itu tindakan “terdesak” daripada Pakatan Harapan.

“Saya sudah ‘check’ dengan Wee, dia nafikan laporan media itu,” katanya di Himpunan Ummah Muafakat Nasional di Kampung Sawah malam ini.

Najib menggesa pengundi jangan terpedaya dengan laporan media seperti itu.

“Dia (Wee) kata khat sama dengan kaligrafi lain. Sekolah Cina nak pakai pakailah, terpulang pada mereka,” katanya.