Berita kematian The Rock palsu

Tersebar di media sosial sebuah artikel tentang kematian pelakon terkenal Hollywood, Dwayne Johnson.

Rupa-rupanya artikel itu palsu dan aktor yang terbunuh ketika melakukan aksi lagak ngeri dalam pengambaran adalah tidak benar.

Artikel itu tersebar menerusi laporan BBC dengan tajuk “The Rock meninggal dunia pada usia 47 tahun”.

Malah berita palsu itu tersebar dengan pantas di alam maya hingga menimbulkan pelbagai reaksi.

Ini bukan kali pertama The Rock dilaporkan meninggal dunia.

Pelakon yang membintangi filem The Fast and Furious itu pernah menjadi mangsa berita palsu pada 2011.

Pada 2014, The Rock sekali lagi dilaporkan meninggal dunia semasa menjalani penggambaran sebuah filem di New Zealand.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]