Lelaki perlu hasilkan gaya tersendiri dan tampil dengan lebih menarik

Antara barisan model yang digayakan rambutnya menggunakan Nivea Men Craft Stylers.

Memakai pakaian mengikut kesesuaian tempat dan keadaan agar kelihatan menarik dan menawan sebenarnya tidak mencukupi bagi semua orang tidak kiralah untuk perempuan ataupun lelaki.

Ini kerana ada yang berpendapat selain penjagaan wajah, rambut juga memainkan peranan penting dalam membentuk personaliti seseorang.

Gaya rambut serta cara ia dirapikan akan menjadi daya penarik serta meningkatkan pesona seseorang.

Malah kemasan rambut yang bergaya mampu memberikan keyakinan untuk lebih menyerlah.

Tiga jenis tema, Stylish, Urban dan Active telah mendapat penggayaan rambut semula oleh pakar dandanan rambut, Lex dari OthrsBarbers.

Dan bagi lelaki produk penggayaan rambut seperti alat solek bagi wanita.

Ia merupakan cara untuk mengekspresikan personaliti serta mempamerkan diri mereka yang sebenar.

Sehubungan itu jenama Nivea Men dilihat sebagai satu produk yang tepat dalam merealisasikan ketrampilan mereka yang bergelar maskulin.

Rangkaian ‘Nivea Men Craft Stylers’ hadir dengan 4 jenis produk mempunyai aroma maskulin yang menarik.

Dan dengan kelahiran rangkaian baharu “Nivea Men Craft Stylers” ia bakal menjadikan jenama ini sebuah jenama penjagaan diri pertama di Malaysia yang mempunyai penyelesaian lengkap buat kaum lelaki.

Untuk pengetahuan, nama “Craft Stylers” diilhamkan berdasarkan keinginan jejaka di zaman serba moden ini untuk menggayakan rambut dan mengubah penampilan bila-bila masa yang mereka inginkan, namun dengan jaminan bentuknya kekal sepanjang hari.

“Nivea Men Craft Stylers” juga melengkapkan set penjagaan dan perapian diri dengan produk penggayaan yang menawarkan versatiliti serta memberi peluang kepada si jejaka untuk mempamerkan kreativiti dalam bergaya.

“Craft Stylers” merupakan rangkaian Nivea Men yang pertama dengan tekstur yang boleh digabungkan tanpa menjejaskan hasil.

Kini semua lelaki boleh menata gaya rambut ala “messy matt” hinggalah kepada efek rambut rapi dan bersinar.

Ini kerana penggayaan bukan sekadar menyisir rambut tetapi mencipta struktur, bentuk serta memberikan definisi pada stail dan kemasan.

Rangkaian “Nivea Men Craft Stylers” hadir dengan empat jenis produk yang mempunyai aroma maskulin yang menarik.

Keempat-empat jenis produk ini diperkaya dengan Vitamin E semula jadi yang menguatkan rambut dan memberikan perlindungan sepanjang hari.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]