Rafizi menang rayuan kes NFC

Rafizi Ramli ketika hadir di Mahkamah Tinggi, hari ini. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan untuk memihak kepada Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung kesalahannya mendedahkan butiran akaun bank yang dikaitkan dengan National Feedlot Corporation (NFC).

Rafizi didapati bersalah tahun lepas kerana mendedahkan penyata akaun milik NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Pengerusi NFC Mohamad Salleh Ismail yang juga suami bekas ketua Wanita Umno, Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 30 bulan kerana kesalahan itu.

Dalam reaksi segera terhadap keputusan hari ini, Ahli Parlimen Subang Wong Chen berkata keadilan telah berlaku.

“Ia adalah penghakiman yang tegang, bermula dengan memihak kepada pihak pendakwaan dan akhirnya memihak kepada Rafizi. Mahkamah riuh dengan tepukan!” katanya menerusi Facebook.