Takut tinggi? Takut air? Ini merupakan jenis fobia mungkin dialami

Semua orang mempunyai perasaan takut. Tidak kiralah takut pada tempat tinggi atau air.

Bagi mereka sangat fobia dengan air juga digelar hidrofobia.

Ketakutan melampau akan menyinggah dalam diri jika datang ke pantai dan mandi di laut atau mandi di kawasan air terjun.

Air pancuran di bilik mandi juga adalah salah satu ketakutan yang perlu dihadapi sesiapa sahaja setiap hari ketika masih kecil.

Apabila sudah meningkat dewasa, fobia tersebut masih wujud tetapi tidaklah terlalu kuat seperti sewaktu masih kecil.

Apakah sebenarnya fobia?

Bercakap soal fobia ini, adakah anda memiliki jenis fobia tertentu yang anda sedang alami?

Bagi mereka yang tidak tahu, fobia bermaksud sejenis ketakutan yang tidak rasional terhadap sesuatu yang sebenarnya tidak memberikan sebarang mudarat.

Apabila seseorang mengalami fobia, mereka sebenarnya sedang mengalami ketakutan melampau terhadap sesuatu objek atau situasi.

Ia berbeza dengan ketakutan biasa kerana fobia boleh menyebabkan kesukaran yang boleh mengganggu kehidupan individu tersebut.

Apakah kategori fobia yang ada?

Berdasarkan Diagnistic and Statistical Manual of Mental Disorders, Edisi Kelima (DSM-5), fobia tertentu boleh dikategorikan kepada 5 bahagian umum iaitu:

  • Ketakutan berkaitan haiwan seperti labah-labah, ular dan serangga
  • Ketakutan berkaitan persekitaran semula jadi seperti ketinggian, guruh, kilat dan kegelapan
  • Ketakutan berkaitan darah, kecederaan, dan keadaan kesihatan seperti suntikan, dan kepatahan tulang
  • Ketakutan berkaitan situasi tertentu seperti menaiki kapal terbang, menunggang motosikal atau menaiki lif
  • Ketakutan lain seperti tercekik, bunyi bising dan lemas

Berapa banyak jenis fobia yang ada?

Sebenarnya, tidak terdapat jumlah sebenar berkenaan jenis fobia yang ada.

Oleh itu, penyelidik akan mewujudkan nama khas bagi jenis fobia yang berlaku apabila ia terjadi.

Kajian mengenai fobia juga adalah satu proses yang sedikit rumit memandangkan ramai individu yang mengalami fobia tidak mendapatkan rawatan dan kes fobia tidak dilaporkan.

Bagaimanapun, terdapat beberapa jenis fobia yang sering berlaku berpandukan kajian yang telah dijalankan pada tahun 1998 dan diterbitkan dalam British Journal of Psychiatry. Antaranya ialah:

  • Acrophobia: Ketakutan terhadap ketinggian
  • Aerophobia: Ketakutan menaiki kapal terbang
  • Arachnophobia: Ketakutan terhadap labah-labah
  • Astraphobia: Ketakutan terhadap kilat dan guruh
  • Autophobia: Ketakutan jika keseorangan
  • Claustrophobia: Ketakutan terhadap kawasan yang sesak dan sempit
  • Hemophobia: Ketakutan terhadap darah
  • Hydrophobia: Ketakutan terhadap air
  • Ophidiophobia: Ketakutan terhadap ular
  • Zoophobia: Ketakutan terhadap haiwan

Terdapat juga beberapa jenis fobia yang dianggap sebagai sesuatu yang unik, seperti:

  • Alektorophobia: Ketakutan terhadap ayam
  • Onomatophobia: Ketakutan terhadap nama
  • Pogonophobia: Ketakutan terhadap janggut
  • Nephophobia: Ketakutan terhadap awan
  • Cryophobia: Ketakutan terhadap sejuk atau ais

Tempoh masa fobia juga tidak terhad. Ia bergantung kepada bagaimana seseorang itu mengendalikan fobia yang dialami.

Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]