Wanita tercantik di Asia milik Lisa Blackpink

Ahli kumpulan Blackpink, Lisa raih undian tertinggi daripada peminat yang melayakkannya menduduki tempat pertama senarai “Wajah Wanita Tercantik Asia 2019”.

Pemilihan ini berdasarkan satu kajian yang dikeluarkan oleh TCC Asia.

Kesemua anggota kumpulan Blackpink tersenarai dalam “Top 100 Wanita Tercantik 2019”, di mana Jennie mendapat tempat ketiga, Rose menduduki tangga ke 13 dan Jisoo di tempat ke 22.

Sementara itu, selebriti Xiao Zhan berjaya tersenarai tempat pertama sebagai “Wajah Lelaki Terkacak Asia 2019”.

Xiao mula mengukir nama selepas dia digugurkan dalam drama The Untamed yang berjaya memukau penonton di saluran televisyen China.

Dalam pada itu, artis Bollywood terkenal Aamir Khan juga tercalon dalam “Top 100 Lelaki Terkacak 2019”.

Syarikat induk TCC Asia ialah TC Candler, yang menilai menerusi kajian survey lelaki dan wanita dari seluruh dunia sejak tahun 1990.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]