Bayi viral rambut tebal model termuda iklan syampu

Jika anda masih ingat mengenai seorang bayi yang pernah viral di internet kerana mempunyai rambut yang tebal, hitam dan bersinar.

Bayi Chanco yang berasal dari Kyoto, Jepun ini “mengejutkan” orang ramai seluruh dunia dengan ketebalan rambutnya yang setanding dengan orang dewasa walapun ketika itu baru berusia setahun.

Bayi Chanco yang bakal berusia 2 tahun pada 23 Disember ini, mempunyai hampir 400,000 pengikut di laman Instagramnya meskipun hanya mempunyai 179 posting.

Selepas menjadi viral, ramai orang ingin mengetahui perkembangan si kecil ini dan mahu melihat perkembangan rambutnya yang cantik itu.

Malah bukan itu sahaja, baru-baru ini Chanco juga telah dilantik menjadi salah seorang wajah baru iklan shampoo terkenal antarabangsa iaitu Pantene.

Ini menjadikan Chanco merupakan model dan “jurucakap” termuda dan tercilik di dunia.

Selain menjadi wajah baru iklan Pantene, Chanco juga terlibat dalam salah satu filem pendek di bawah Pantene yang bertajuk “The Hairy Tale” yang membawa mesej kepada orang ramai bahawa “it’s okay to be different”.

Bayi Chanco yang mula viral dan popular di serata dunia pada tahun lepas ini turut mendapat perhatian majalah antarabangsa seperti People Magazine, Allure Magazine dan Marie Claire.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]