Sports candy banyak garam?

Anda mungkin biasa makan gula-gula untuk segarkan nafas jadi apa pilihan gula-gula yang selalu anda ambil?

Mungkin Hacks, Woods, Fisherman’s dan pilihan gula-gula biasa yang lain.

Tetapi tahukah anda, ada sejenis gula-gula yang mengandungi garam yang tidak boleh anda ambil secara sembarangan.

Sports candy?

Anda pasti pernah mendengar jenama gula-gula yang satu ini: Himalaya Salt Candy.

Ia adalah sejenis gula-gula sukan atau sports candy.

Ia sebenarnya dimakan dengan tujuan untuk menggantikan jumlah garam atau sodium yang telah hilang daripada tubuh.

Gula-gula ini sesuai untuk mereka yang sedang bersenam, melakukan hiking dalam jangka masa yang panjang atau mereka yang banyak kehilangan peluh.

Mengapa tidak boleh makan secara sembarangan?

Walaupun salah satu bahan yang terkandung dalam gula-gula ini adalah garam Himalaya, ia tetap sodium dan kandungan garamnya tetap sama dengan garam biasa.

Anda tidak boleh menambahkan pengambilan sodium secara berlebihan setiap hari.

Makanan yang anda makan setiap hari sudah mengandungi banyak kandungan garam, dan ia bukanlah satu cara yang baik untuk kesihatan anda jika anda menambahkannya lagi melalui gula-gula ini.

Menurut Persatuan Jantung Amerika, mereka mencadangkan untuk setiap individu agar mengambil tidak lebih daripada 2,300 milligram garam setiap hari.

Jika anda mengambil terlalu banyak kandungan garam setiap hari, buah pinggang anda tidak mampu untuk mengeluarkan lebihan sodium dalam tubuh.

Garam yang banyak di dalam darah akan menyukarkan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa cecair dengan berkesan.

Jadi, gula-gula biasa lagi sihat?

Kami juga tidak mengatakan bahawa gula-gula biasa lebih sihat.

Jika sports candy tinggi kandungan sodium, gula-gula biasa pula tinggi kandungan gula.

Kedua-duanya mempunyai mudarat jika anda memakan secara berlebihan.

Tidaklah salah untuk anda memakan gula-gula, cuma anda hanya perlu mengawal kuantiti pengambilannya agar tidak melebihi cadangan pengambilan harian.

Jika garam dikaitkan dengan peningkatan tekanan darah, gula pula meningkatkan risiko anda mendapat diabetes.

Macam mana nak makan gula-gula lepas ni? Senang sahaja.

Walaupun hampir kesemua jenis gula-gula berasaskan gula sebagai bahan utama, cuba pilih jenis gula-gula atau manisan yang mengandungi bahan coklat yang lebih banyak berbanding gula.

Kedua, pilih yang mengandungi kandungan coklat dan campuran mentega kacang berbanding gula semata-mata.

Apa yang paling penting, hadkan pengambilan setiap gula-gula dan manisan anda. Ia jauh lebih baik dan lebih sihat untuk anda.

Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]