De Bali Spa utamakan rawatan dan layanan bertaraf lima bintang

Mandi jakuzi menjadi pilihan semua kerana ia mampu beri ketenangab maksima hilangkan segala penat lelah selepas bekerja seharian.

Semua wanita mendambakan kecantikan dan rawatan spa dilihat sebagai salah satu terapi untuk memanjakan diri sendiri dan pada masa yang sama mencantikkan kulit serta wajah.

Selain menitik beratkan hiasan dalaman ketika menjalani rawatan, wanita juga menitik beratkan bahan yang digunakan dalam sesuatu produk serta sentuhan rawatan ke atas dirinya.

De Bali Spa sebuah pusat kecantikan yang mengutamakan rawatan untuk wanita mula dibuka di Sungai Buloh, Selangor pada 2006.

Manakala cawangannya yang kedua baru sahaja dibuka di Kajang pada Ogos 2018.

Fokus utamanya untuk wanita urban yang sukakan rawatan spa, menitikberatkan penjagaan aurat, mementingkan penampilan, kebersihan dan kecantikan wajah, badan, rambut dan kaki.

De Bali Spa Kajang membawakan kemewahan rawatan tradisional Bali juga dengan sentuhan moden secara privasi seperti anda berada di kediaman sendiri.

Pengurus Cawangan Haliza Tan (kanan) bersama pembantunya mengendalikan De Bali Spa dengan layanan lima bintang.

Selain merehatkan diri dan memulihkan otot yang keletihan, rawatan yang disediakan di sini turut merangkumi membersih dan menyuburkan kulit.

Kesegaran semulajadi amat dirasai apabila spa ini menggunakan 100% bahan semulajadi selain menggunakan teknik gerakan dan seni sentuhan khas yang unik hingga membuatkan anda merasa sangat tenang kerana dibelai dengan manja.

Rawatan spa yang diberikan dari hujung rambut hingga hujung kaki ditawarkan pada harga yang berpatutan dan mampu milik disebalik perkhidmatan dan layanan bertaraf lima bintang.

Kelopak bunga ros serta limau purut yang diletakkan dalam mandian jakuzi mampu berikan kesegaran.

Malah beberapa pakej rawatan spa juga boleh disifatkan sebagai sangat murah dan berbaloi.

Rawatan ini dibahagikan kepada empat kategori iaitu:

  1. Spa muka
  2. Spa badan
  3. Spa rambut
  4. Spa kaki

Pengurus cawangan De Bali Spa cawangan Kajang, Haliza Tan berkata, enam pelanggan boleh melakukan rawatan serentak dalam satu masa.

Ini kerana setiap bilik menyediakan rawatan yang berbeza membuatkan mereka yang menjalani rawatan berasa sangat selesa.

Rempah ratus yang digunakan untuk mana-mana wanita yang ingin melakukan bertangas dan ia dilakukan serentak dengan sauna.

Dan kelebihan utama yang ditampilkan De Bali Spa Kajang ialah rawatan saunanya yang menggunakan perkakas daripada kayu dan ia boleh dilakukan serentak dengan bertanggas.

Rawatan bertanggas ini sangat sesuai untuk mereka yang sudah berkahwin malah jika belum berkahwin pun digalakkan untuk melakukannya demi rawatan dalaman wanita.

Menggunakan serbuk kopi yang dikisar kasar untuk ‘body scrub’ membangkitkan aroma sangat menyenangkan hingga anda terbuai dibuatnya.

Kemudian ia diikuti dengan “coffee body scrub” yang akan membuatkan anda terbuai dengan aroma kopi yang disapu di seluruh badan anda.

Tekstur kopi yang kasar halus membuatkan badan anda terasa sangat segar yang kemudiannya diikuti dengan mandi jakuzi bersama kelopak mawar dan limau purut memberikan kesegaran yang tidak mampu diucapkan dengan kata-kata.

De Bali Spa juga terkenal dengan rawatan “Signature Facial” kerana menggunakan konsep urutan wajah membuatkan muka anda terasa cukup relaks dan menenangkan.

Selain daripada itu, penggunaan produk skin care juga berasaskan bahan semulajadi sesuai untuk semua jenis kulit.

Rawatan muka merangkumi:

  1. Milk cleansing
  2. Foam cleansing
  3. Beauty Gadget – Pobling Brush to clean pore
  4. Fruity Scrub to remove dead skin
  5. Beauty Gadget – Wax Stone to remove dead skin
  6. Massage – Relaxing & Therapy touch so awesome
  7. Beauty Gadget – Massager
  8. Steam / Sauna to open pore
  9. Beauty Gadget – Vacuum Suction to remove blackhead / whitehead / pimples
  10. Foam Cleansing
  11. Antiseptic Water 2.5pH (Spray)
  12. Beauty gadget – Ion Massager (Vit-C / Collogen / Whitening / Acne / Sinus)
  13. Cold Masker to recovery redness, itchy, for refresh & rejuvenation skin
  14. Toner

Manakala bagi rawatan tapak kaki dan tulang kaki yang boleh menjadi penyebab kepada pelbagai jenis penyakit seperti sakit bahu, belakang, kaki, sembelit dan sakit dibahagian paha kerana keadaan kesihatan kaki memberi kesan besar terhadap organ dalaman manusia.

Bagi Haliza kemahirannya yang dipelajari daripada adiknya yang juga Pengarah Urusan Haslina Tan yang mempunyai 13 tahun pengalaman sangat berbaloi dan tidak akan disia-siakan.

De Bali Spa mempunyai enam bilik dengan kelengkapan rawatan yang berbeza.

Selain menawarkan rawatan kecantikan, De bali Spa juga menyediakan latihan kepada pelajar yang ingin mempelajari teknik-teknik rawatan dan latihan diberikan selama enam bulan.

Pelajar ini datang dari Program Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA) diperkenalkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membuka peluang kepada pelajar Tingkatan Empat dan Lima yang lebih berkecenderungan dalam bidang kemahiran berbanding akademi.

Keunikan program PIMA yang memberi tumpuan khusus terhadap pembelajaran secara praktikal di mana para pelajar hanya akan ke sekolah selama dua hari seminggu.

Manakala program latihan di tempat industri selama tiga hari.

Program ini juga bukan sahaja memberi peluang masa hadapan kepada para pelajar yang kurang meminati pendidikan secara teori, malah bakal melahirkan generasi yang berkemahiran tinggi agar mempunyai masa depan khususnya dalam pasaran pekerjaan.

Projek perintis PIMA telah dilancarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor dengan memperkenalkan tujuh bidang industri termasuk spa, automotif, tekstil dan pemasangan penghawa dingin.

Berita baik kepada pembaca FMT OhSem, De Bali Spa menawarkan baucar untuk enam pemenang bertuah.

Anda hanya perlu layari laman sosial Facebook FMT Ohsem atau di laman sosial Instagram dan jawab soalan disediakan.

1. De Bali Spa mempunyai berapa cawangan? Namakannya?

2. Berapa kategori rawatan yang ditawarkan?

3. De Bali Spa mempunyai tarikannya tersendiri kerana…..

Tarikh tutup peraduan ini pada 1 Disember 2019.

De Bali Spa dibuka Selasa hingga Ahad hari 10am hingga 7pm.

De Bali Spa Sungai Buloh
Lot 1-3, Putra One Shoplot,
Persiaran Bukit Rahman Putra 1,
40160 Sungai Buloh, Selangor.
Tel: 012-2646882 / 011-35275257

De Bali Spa Kajang
No 6-1 Mutiara Avenue,
Jalan Mutiara 1,
Mutiara Heights,
43000 Kajang, Selangor.
Tel: 01135275257 / 0122646882

www.debalispa.com
www.facebook.com/DeBaliSpa
www.instagram.com/debalispa_sgbuloh

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]