Wow… 10 lokasi menarik pra-perkahwinan patut cuba

Setiap kali menghampiri akhir tahun sudah pasti ramai pasangan yang akan menamatkan zaman bujang mereka dan beralih ke gerbang perkahwinan.

Sehubungan itu sudah tentu banyak pasangan yang akan mencari lokasi menarik bersesuaian dengan tema yang dipilih supaya gambar tersebut dilihat cantik dan unik.

Berdasarkan tema yang dipilih, terdapat 10 lokasi yang menarik anda boleh pergi untuk membuat sesi penggambaran pra-perkahwinan.

1. Boh Tea Plantation, Cameron Highlands

Tempat ini kaya dengan kehijauan dan alam semula jadi, menjadikan anda sentiasa berada di dalam “mood” yang baik dan tenang.

Cuaca yang sejuk juga sangat membantu anda untuk mengambil gambar dengan memilih sudut yang bersesuaian untuk mendapatkan “shot” yang terbaik.

2. Colmar Square, Bukit Tinggi

Terletak di Bukit Tinggi, ia mempunyai reka bentuk yang menarik dan unik sekaligus menjadikan gambar pasangan pengantin lain daripada yang lain.

Rekaan bangunannnya seperti bercuti di negara Perancis. Bangunan hotel di sini pula seperti perkampungan bertema ala Perancis yang diilhamkan dari Colmar Village Alsace iaitu sebuah perkampungan Perancis terkenal dengan jalan batu buntar dan bangunan peninggalan zaman Renaissance.

3. Merchant Lane, Kuala Lumpur

Merchant’s Lane merupakan sebuah kafe yang menjadi tarikan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Kafe ini mengekalkan unsur “Malaysian” walaupun menerima sentuhan reka bentuk serba moden. Jika anda perhatikan, kafe ini sebenarnya cuba untuk mengimbangkan konsep semula jadi dan moden minimalis.

Jadi ia sangat sesuai untuk membuat sesi fotografi pra-perkahwinan anda!

4. Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur

Satu lagi lokasi yang sesuai untuk dijadikan sesi penggambaran pra-perkahwinan ialah Taman Tasik Perdana.

Di sini, jurugambar anda boleh memainkan peranan untuk mendapatkan shot yang cantik dengan teknik pencahayaan yang menarik supaya gambar tersebut dilihat lebih jelas, terang dan cantik!

Bagi pasangan pengantin yang berada di Kuala Lumpur, anda tidak perlu untuk pergi lebih jauh kerana Taman Tasik Perdana merupakan idea yang menarik.

5. Taman Botani Putrajaya

Jika tema pra-perkahwinan anda ialah konsep dalam taman, ini antara lokasi yang bersuaian. Di mana sahaja anda berada dalam Taman Botani, ia akan menghasilkan gambar yang menarik.

Tipsnya, anda dan pasangan boleh memakai pakaian yang berwarna terang, ia akan memberi hasil yang kontra dengan sekeliling yang berwarna hijau.

6. Jambatan Putrajaya

Di sini, anda boleh menggayakan dengan cara yang lebih elegan kerana jambatan Putrajaya dilihat sebagai lambang kemegahan negara.

Rekaan jambatan ini cukup cantik dan gunakanlah kesempatan untuk bergambar pada waktu senja kerana ia menghasilkan potret yang sangat cantik dengan teknik “silhouette”

7. FRIM Kuala Lumpur

Teknik bergambar di lokasi ini juga menarik apabila bayang-bayang pokok memberi ketenangan dan betapa indahnya gambar yang cuba dihasilkan.

Sebagai tips, anda boleh memakai baju berwarna putih bagi menghasilkan gambar yang menarik dan dilihat seperti “suci”, sesuai dengan konsep pra-perkahwinan.

8. Heli Lounge, Kuala Lumpur

Di sini antara spot yang cantik anda boleh pergi untuk mendapatkan pemandangan menyeluruh sekitar Kuala Lumpur.

Sebelum memulakan sesi penggambaran, ambil “mood” dulu dengan mengambil sedikit hidangan makanan dan minuman yang dijual. Kemudian ambillah gambar dengan penuh aksi yang romantis sempena pra-perkahwinan anda.

9. Desa Dairy Farm, Sabah

Dairy Farm merupakan lokasi yang menarik, lebih dikenali sebagai “Little New Zealand of Malaysia”.

Ia mengambil masa dua jam untuk sampai jika anda dari Kota Kinabalu namun perjalanannya sangat berbaloi kerana pemandangan yang sungguh cantik.

Apa yang anda akan perolehi adalah gambar pra perkahwinan berlatar belakangkan gunung yang menghijau dan awan yang sangat biru. cantik bukan?

10. Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang

Anda tidak perlu pergi ke Jepun untuk mendapatkan pemandangan sakura sempena pra-perkahwinan anda.

Rancang dengan baik dan pandulah ke Pulau Pinang dengan tenang pada bulan Mac ke April untuk mendapatkan pemandangan seperti dan bergambarlah dengan pemandangan yang indah bersama pasangan!

Artikel ini diterbitkan di Kaodim.

Sebagai salah satu platform perkhidmatan tempatan semakin berkembang di Asia Tenggara, Kaodim menghubungkan pengguna kepada penyedia perkhidmatan tempatan yang boleh dipercayai dan profesional. Dengan aplikasi Kaodim, pengguna boleh mengakses perkhidmatan profesional untuk pengubahsuaian rumah, pembersihan pejabat, dan banyak lagi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]