Kanak-kanak 9 tahun catat rekod dunia pegang ijazah

Setiap ibu bapa mempunyai cita-cita untuk melihat anaknya cemerlang dalam bidang pendidikan.

Malah ia turut menjadi kebanggaan apabila anak mereka benar-benar cemerlang sehingga dinobatkan dalam apa jua anugerah.

Seperti kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun ini, Laurent Simons dari Amsterdam memiliki tahap kecergasan minda (IQ) 145 kini sedang belajar untuk ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrik di Universiti of Technology di Eindhoven.

Ia sekaligus mengalahkan Michael Kearney yang memegang gelaran itu sejak 1994.

Laurent difahamkan akan menamatkan pengajiannya bulan depan selepas melengkapkan pengajian dalam masa sembilan bulan.

Memetik laporan The Telegraph, beliau memulakan persekolahan pada umur 4 tahun dan menamatkan sekolah menengah pada usia 8 tahun, bercita-cita untuk menjadi seorang angkasawan atau pakar bedah jantung.

Kanak-kanak ini juga mahu ke California untuk melanjutkan pengajiannya kerana cuaca yang baik.

Jelas Laurent, matlamat beliau adalah melakukan PhD dalam bidang lanjutan kehidupan dengan menjalankan penyelidikan ke atas organ-organ buatan dan robotik.

Namun bapanya berpendapat yang Laurent lebih baik menyambung pelajaran di United Kingdom.

Selain pelajaran, kanak-kanak ini juga akan menghabiskan masa bermain permainan seperti Fortnite dan Minecraft selain menonton Netflix dan keluar bersama rakan-rakannya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]