Warga emas tertimbus ‘sampah’ selama 15 jam

Seorang wanita berusia 80-an melalui detik cemas apabila tertimbus dengan koleksi barangan sendiri selama 15 jam.

Antara barangan tersebut termasuklah kotak kadbod, kerusi lama dan tong plastik.

Dia yang merupakan pengumpul barangan terpakai dilaporkan barangan tersebut menghempap kakinya sehingga wanita tersebut gagal membebaskan diri sehingga terpaksa menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan.

Kes itu berlaku di rumahnya baru-baru ini di Canley Vale, Sydney barat kira-kira jam 10 malam dan kemudian menghubungi pihak polis jam 9.30 keesokan paginya.

Polis mendapati wanita itu masih bernyawa dan terpaksa meminta bantuan anggota bomba dengan menggunakan peralatan hidraulik untuk mengeluarkannya.

Wanita itu dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans selepas berjaya diselamatkan.

Wanita itu berjaya ditarik keluar dari runtuhan itu pada jam 12.30 tengah hari selepas 15 jam terperangkap.

Dia kemudian dibawa ke Hospital Liverpool untuk pemeriksaan lanjut namun dipercayai berada dalam keadaan stabil.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]