Nick Jonas dan Priyanka Chopra beli rumah idaman RM84 juta

Memiliki rumah idaman menjadi satu perkara yang paling indah bagi pasangan yang sudah berkahwin.

Meskipun rumahtangga pasangan selebriti Hollywood ini dilaporkan bergolak sebelum ini namun Nick Jonas dan Priyanka Chopra tetap berjaya menemui rumah idaman mereka di kawasan Encino, Los Angeles.

Memetik laporan Variety, kediaman baru mereka yang serba mewah dianggarkan bernilai sekitar RM84 juta.

Dengan keluasan 20,000 kaki persegi rumah mereka mempunyai tujuh bilik tidur dan 11 bilik mandi.

Ia dilengkapi dengan ruangan gimnasium berdinding cermin, tempat bermain boling dua lorong, teater filem dengan skrin IMAX serta gelanggang bola keranjang di dalam kediaman mereka.

Sementara itu, jiran kediaman mereka yang tinggal di seberang jalan termasuklah pemain bola sepak Duane Brown, pelakon Joey Lawrence, dan barisan pelakon “Real Housewives of Beverly Hills” Kyle Richards dan suaminya yang bergelar hartawan mewah, Mauricio Umansky.

Sebelum ini, Nick pernah menjual rumah yang dibelinya ketika bujang demi memberi keselesaan kepada isterinya, Priyanka.

Kediaman lama di Beverly Hills itu dibeli pada April lalu dengan harga RM30 juta.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]