Pastri, dadih, pisang tidak sesuai dimakan ketika perut kosong

Apabila perut anda kosong, anda akan mula berfikir apakah jenis makanan yang patut dimakan supaya perut tidak sakit dan boleh meredakan kesakitan dengan pantas.

Namun jika tidak ada makanan yang bersesuaian, anda akan makan apa sahaja yang berada di depan mata.

Namun anda juga perlu tahu terdapat jenis makanan yang mendatangkan kesan buruk jika tetap memakannya kerana sesetengah makanan adalah berasid dan boleh merosakkan lapisan perut.

Sememangnya ia akan mengenyangkan perut, tetapi hanya sementara sahaja.

Merujuk kepada maklumat daripada Brightside, terdapat jenis makanan yang anda tidak boleh makan ketika perut kosong.

Antaranya ialah:

Pastri – Makanan yang mengandungi yis akan meradangkan lapisan perut dan akhirnya boleh menyebabkan anda senak perut.

Gula-gula – Pengambilan gula akan meningkatkan kadar insulin dalam badan dan secara tidak langsung, pankreas yang baru sahaja “bangun” akan dipaksa untuk bekerja keras. Akibatnya ialah anda akan mendapat penyakit kencing manis.

Dadih dan produk susu lain yang ditapaikan – Jika anda makan dadih ketika perut kosong, asid hidroklorik yang terbentuk di dalam perut akan membunuh bakteria berupa asid laktik. Jadi memakan dadih untuk sarapan memberi manfaat yang sedikit sahaja untuk badan anda.

Buah pir – Serat di dalam buah ini boleh mencederakan membran mukus perut kosong yang bersifat halus.

Tomato – Mengandungi kadar asid yang tinggi yang hanya akan menaikkan lagi jumlah asid dalam perut. Hal ini boleh menyebabkan ulser gastrik.

Timun dan sayuran hijau lain – Sayuran mentah memang kaya dengan asid amino. Tetapi ia boleh menyebabkan pedih ulu hati, kembung perut dan sakit abdomen, terutamanya apabila dimakan ketika perut kosong.

Pisang – Magnesium di dalam darah akan meningkat dengan mengejut dan akhirnya membahayakan jantung.

Rempah-ratus – Makanan pedas boleh menyebabkan kerosakan dan iritasi pada mukosa gastrik seterusnya meningkatkan pengeluaran asid di dalam perut. Ia menyumbang kepada pelbagai gangguan yang biasa menyerang sistem pencernaan manusia.

Minuman berkarbonat sejuk – Minum air ini pada waktu pagi boleh merosakkan menjejaskan otak dan mengurangkan bekalan darah ke bahagian perut. Hasilnya, makanan akan dicerna dengan lebih perlahan.

Buah-buahan sitrus – Apabila dimakan ketika perut kosong, asid buah boleh menyebabkan pedih ulu hati dan meningkatkan risiko gastritis serta ulser gastrik.

Anda boleh makan:

Oat – Ia mencipta saluran perlindungan pada lapisan perut yang mencegah asid hidroklorik daripada merosakkan dinding perut. Ia juga mengandungi serat larut yang mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Buckwheat – Gandum ini merangsang sistem pencernaan, membekalkan sumber protein, zat besi dan vitamin yang baik.

Wheatgerm – Dua sudu besar gandum ini menawarkan lebih kurang 15 peratus nilai Vitamin E yang disyorkan dalam sehari, serta 10 peratus daripada nilai asid folik yang disyorkan. Ia juga membantu memastikan sistem pencernaan berjalan dengan baik.

Telur – Pengkaji mendapati, memakan telur untuk sarapan boleh mengurangkan pengambilan kalori dalam sehari dengan banyak.

Tembikai – Buah ini menawarkan jumlah cecair yang banyak apabila dimakan ketika perut kosong. Kerana kadar likopenanya yang tinggi, ia juga bagus untuk kesihatan mata dan jantung.

Beri biru – makan beri ini secara berterusan boleh memperbaiki daya ingatan dan mengawal atur tekanan darah dan metabolisma, terutamanya jika dimakan sebagai sarapan.

Roti gandum penuh tanpa yis – Karbohidrat dan nutrien penting lain dalam roti ialah penting untuk badan. Waktu terbaik untuk makan roti ini ialah pada awal pagi.

Kekacang – Jika dimakan sebagai sarapan, ia memperbaiki kesihatan sistem pencernaan dan menstabilkan nilai pH dalam perut.

Madu – Ia mampu untuk memberi kekuatan selain tenaga kepada sistem badan. Ia juga menggalakkan aktiviti otak dan meningkatkan kadar hormon serotonin yang membuatkan anda rasa gembira.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]