Safawi Rasid patahkan sayap Garuda

Muhammad Safawi Rasid. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Jaringan penyerang Harimau Malaya, Muhammad Safawi Rasid membenam hasrat Indonesia yang gagal mendapatkan sebarang mata dalam persaingan Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, apabila tewas 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Gawang Indonesia diceroboh jaringan pertama Safawi pada minit ke-29 menerusi sepakan percuma. Sepakan deras kaki kirinya yang menewaskan penjaga gol Garuda memastikan Malaysia terus berada di depan pada minit ke-73.

Tekanan malam ini turut dirasai penyokong kedua-dua negara. Perlawanan malam ini dicemari sebatang suar yang dibaling ke arah penyokong Harimau Malaya apabila Malaysia mendahului 1-0.

Sebatang lagi suar dibaling ke arah penyokong Malaysia selepas pengadil meniup wisel penamat.

Pertemuan Malaysia-Indonesia malam ini merupakan pertembungan ke-97 sejak 1957.

Keputusan malam ini dilihat mencerahkan laluan pasukan kendalian Tan Cheng Hoe ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia.