Kylie Jenner tampil kelainan jual kosmetik guna ‘vending machine’

Selalu kita dengar artis menjual produk kecantikannya secara atas talian ataupun jualan langsung.

Namun seorang artis Hollywood ini menggunakan pendekatan berbeza apabila menggunakan idea yang lebih kreatif.

Kylie Jenner tampil dengan idea menarik apabila menjual produk kosmetiknya menggunakan mesin jualan layan diri atau vending machine di Lapangan Terbang Antarabangsa McCarren, Las Vegas, Amerika Syarikat.

Kylie, 22, berkongsi perkara itu menerusi posting di media sosialnya di Instagram.

Antara produk yang dijual melalui mesin itu ialah pelbagai gincu, pembayang mata serta koleksi kosmetik lain seperti Burgundy Extended Palette dan Bronze Extended Eye Shadow Palette.

“Benda ini buat saya rasa happy sangat. Saya baru saja keluarkan vending machine @kyliecosmetics buat pertama kali di Lapangan Terbang Antarabangsa McCarren di Las Vegas,” tulisnya di Instagram.

Tambah Kylie, dia turut berkolaborasi dengan rakan niaga yang juga merupakan saudaranya, Khloe Kardashian dalam menghasilkan produk kosmetik.

Koleksi itu menampilkan empat produk kosmetik yang terdiri dari lip matte satu lip liner, highlighter dan eyeshadow palette.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]