Paranoid? Jangan risau asalkan kad kredit selamat

Kad kredit merupakan keperluan penting dalam kehidupan masa kini.

Walaupun ramai yang menyatakan “jangan” kepada penggunaannya, namun ia tidak lagi boleh dielakkan.

Kawalan penggunaannya bergantung kepada diri sendiri, namun anda boleh menggunakannya jika terdesak dan dalam kecemasan.

Cara yang paling mudah untuk anda mengawalnya, bayar sahaja berapa jumlah yang anda gunakan, jadi anda tidak akan mempunyai hutang yang banyak.

Penggunaannya juga mudah, hanya “swipe” dan segala barang pilihan menjadi milik anda.

Namun langkah keselamatan perlu dibuat sebelum pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kad anda.

  1. Tanda tangan di belakang kad kredit anda setelah menerimanya.
  2. Hafal nombor PIN, dan pastikan ia tak dapat di akses oleh orang lain.
  3. Simpan kad kredit anda dengan selamat dalam dompet anda, di tempat yang anda akan cepat perasan kalau ia hilang.
  4. Simpan nombor telefon pengeluar kad kredit anda (iaitu bank anda) dalam buku alamat supaya anda boleh hubungi mereka segera sekiranya anda dirompak atau sekiranya kad kredit anda hilang.
  5. Hubungi bank sebaik sahaja anda syak ada sesuatu yang tak kena. Tidak mengapa jika anda bersikap paranoid sekali sekala.
  6. Beritahu bank sebaik sahaja anda bertukar alamat.
  7. Pastikan anda kerat dua atau lebih kad kredit yang telah tamat tempoh.
  8. Dalam hal di mana arahan tertentu telah dibuat (contohnya debit terus), pastikan anda menyimpan salinan semua komunikasi /rekod untuk rujukan di kemudian hari.
  9. Koyak semua slip sebelum anda membuangnya atau bakar saja.
  10. Berhati-hati setiap kali anda guna kad kredit dan cuba pastikan ia tak hilang dari pandangan anda. Dapatkan ia kembali ke tangan anda secepat mungkin.
  11. Pencuri dapat menangkap gambar kad kredit anda dalam sekelip mata, jadi jangan biarkan kad anda terdedah lebih lama dari patut.
  12. Semak perincian atas slip transaksi sebelum anda menanda tanganinya.
  13. Sentiasa semak jumlah sebelum menanda tangani resit kad kredit. Jangan sekali-kali tanda tangan resit kosong.
  14. Disarankan anda guna kad kredit yang sama untuk semua transaksi atas talian.
  15. Semasa buat transaksi atas talian, pastikan anda baca polisi kerahsiaan syarikat berkenaan untuk pastikan maklumat yang anda beri akan dirahsiakan.
  16. Semak email anda selepas buat pembelian atas talian sebab peniaga atas talian biasanya akan hantar email pengesahan atau komunikasi berkenaan dengan pesanan anda.
  17. Simpan semua slip transaksi anda serta juga pengesahan transaksi internet supaya anda dapat padankannya dengan penyata bulanan yang anda terima.

Lakukan 17 perkara ini dan kad kredit anda akan selamat!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]