Tip elak bateri kereta cepat ‘kong’

Siapa sahaja yang tidak pakai kereta di zaman serba moden ini.

Asalkan sudah mendapat pekerjaan pasti harta pertama yang hendak dimiliki adalah kereta.

Bagaimanapun jangan ingat selepas beli kereta anda tidak perlu menjaganya.

Dan antara komponen kereta yang anda sangka sangat simple tapi bila ia rosak memang boleh buat rasa hendak hempuk kepala sendiri ialah bateri.

Bayangkan anda hendak cepat tapi bila enjin kereta dihidupkan ia tak mahu hidup. Bila dipulas kunci akan keluar bunyi pelik.

Itu maknanya bateri anda telah “kong” atau rosak!

Dan sebagai pemilik kereta anda seharusnya sentiasa memastikan serta servis bateri kereta setiap masa.

Apa fungsi bateri kereta?

Dalam bahasa mudah ia membekalkan arus elektrik untuk menghidupkan enjin.

Selain itu ia juga menyimpan muatan elektrik untuk digunakan semasa enjin tidak beroperasi.

Komponen asas bateri kereta

Bateri dianggap sebagai alat penting dalam aliran sistem elektrik kenderaan.

Ia juga boleh dianggap seperti paru-paru yang menjadi organ penting dalam sistem pernafasan.

Selalunya bateri kereta yang dijaga dengan baik boleh bertahan sehingga dua hingga tiga tahun malah ada bateri yang tahan lebih lama.

Menjaga bateri kereta anda bukanlah susah sangat namun jika anda mengabaikannya, tentulah bateri kereta anda akan kehabisan kuasa.

Terdapat dua jenis bateri yang boleh anda perolehi pada masa kini :

Ikuti tip yang boleh anda praktikkan untuk menjaga bateri kereta:

Periksa Aras Air Bateri

Langkah ini sesuai digunakan untuk pengguna bateri sel basah dan bukannya bateri bebas selenggara.

Bateri sel basah memerlukan cecair ditambah dari semasa ke semasa.

Cecair yang kurang dalam bateri bagi satu tempoh panjang akan mengakibatkan jangka hayat bateri itu pendek daripada yang sepatutnya.

Pastikan air bateri mencapai tahap bawah sedikit dari maksimum.

Cara menambahnya amat mudah. Anda cuma perlu membuka penutup dan isikan dengan air bateri yang anda boleh dapati daripada stesen minyak berdekatan.

Bersihkan Terminal Bateri

Setiap bateri akan mempunyai terminal postif (+) dan negatif (-) yang perlu anda bersihkan.

Ia kerana keladak pada terminal akan menyebabkan cas bateri tidak sampai dan kenderaan tidak dapat dihidupkan.

Cara untuk membersihkan terminal bateri;

  • Tanggalkan kabel sambungan daripada terminal bateri dan jauhkannya daripada terminal bateri.
  • Bersihkan terminal dengan berus dawai dengan bancuhan air dan soda bikarbonat.
  • Gosok perlahan-lahan sehingga bersih daripada kesan garam asid.
  • Jangan menggunakan tukul sewaktu memasang kembali sambungan ke terminal bateri. Longgarkan skru sambungan untuk memudahkan pemasangan kembali.

Sapukan Gris Tahan Panas

Sapukan gris tahan panas pada bahagian terminal bateri untuk mengelakkan daripada terhakis dan karat.

Pasang Voltmeter

Bateri anda memerlukan cas yang cukup untuk untuk beroperasi.

Jika anda menghantar kereta anda untuk servis ataupun diselenggara, pastikan voltan bateri diperiksa sekali oleh mekanik.

Mereka biasanya mempunyai peralatan khusus untuk memeriksa voltan bateri.

Bergantung pada saiz dan jenis bateri, bateri bercas penuh biasa mempunyai bacaan 12.5 ke 12.6 volt.

Pemasangan voltmeter didalam kereta anda tentulah cara yang paling mudah untuk memeriksa voltan bateri anda.

Kini anda boleh membelinya di pasaraya terkenal. Walaupun bacaan dikatakan tidak tepat, namun ia pasti memudahkan anda.

Ciri-ciri bateri kereta yang baik

  • Bateri kereta dicas secukupnya
  • Umur bateri bertahan lama
  • Aras elektrolit bateri sentiasa terkawal
  • Tiada perlukan kerap menambah air suling

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]