Halal haram bukan isu jika niat bantu anjing

Dr Wawa dan suami membuka klinik untuk menyelamatkan haiwan seperti anjing dan kucing.

Bukan soal haram atau tidak boleh dipegang, jika nilai kemanusiaan itu ada di dalam diri sebagai manusia kita pasti akan membantu sesiapa sahaja tidak kira manusia atau haiwan.

Malah dengan tidak mengambil kira sama ada haiwan itu halal untuk dibelai seperti kucing atau haram seperti anjing untuk dipegang bantuan tetap perlu diberikan jika keadaan mendesak.

Bagi Dr Jawahir Abdullah, 30, yang juga dikenali sebagai Dr Wawa, beliau menggunakan kemahiran verterinar untuk menyelamatkan haiwan yang memerlukan bantuan.

Memulakan perkhidmatan verterinarnya pada Julai tahun lalu.

Bersama-sama dengan suaminya, Mohd Khamsani Ahmad, mereka membuka Klinik Haiwan Ohana di Seri Kembangan di mana mereka bukan sahaja merawat haiwan di klinik tetapi juga menyelamatkan haiwan-haiwan ini di tepi-tepi lorong yang berbahaya.

Umumnya Dr Wawa sangat dikenali di sekitar Bandar Baru Bangi, Seri Kembangan dan sekitar kerana netizen akan menghubunginya bagi menghulurkan bantuan kepada mana-mana haiwan yang memerlukan.

Kisah pasangan suami isteri ini mendapat perhatian dalam laman sosial Facebook sehingga menjadi viral ketika mereka membantu anjing di Bandar Puteri Bangi, Selangor bulan lalu.

Tidak mengira haram, beliau cuba menyelamatkan ‘pesakit’ nya selagi mampu.

Namun jelas Dr Wawa, ia bukan kali pertama bantuan dihulurkan dalam merawat anjing-anjing ini.

“Sebelum ini dah banyak kali kita pergi untuk memeriksa anjing atau kucing di kaki jalan. Saya dan suami akan membawa peralatan yang patut untuk memudahkan waktu pemeriksaan dilakukan,” katanya kepada FMT.

Jelas beliau yang turut mempunyai rasa tanggungjawab untuk membantu haiwan-haiwan ini kerana tahu bukan semua orang mempunyai kepakaran untuk memberi rawatan yang sepatutnya.

“Kalau bukan kita, siapa?

Dr Wawa akan mengenal pasti penyakit haiwan tersebut sebelum merawatanya.

“Terdapat kekeliruan dalam kalangan rakyat Malaysia bahawa anjing itu haram. Sebenarnya terdapat banyak pendapat yang berbeza mengenai perkara ini. Jika anda berada di sana untuk membantu haiwan ini, ia menjadi ‘harus’ dan anda tidak diharamkan untuk menyentuh mereka,” katanya menjelaskan keadaan itu.

Menceritakan proses merawat anjing, Dr Wawa berkata beliau kebiasaannya tidak menggunakan sarung tangan kerana terdapat beberapa prosedur perubatan yang memerlukan penggunaan tangan bebas daripada sebarang benda.

Bagaimanapun jelasnya lagi kebanyakan netizen mulai sedar dengan tindakan pasangan suami isteri ini sehingga tidak ada lagi yang mempertikaikannya ketika mereka sedang memberi rawatan kepada haiwan tersebut.

“Dalam Islam, semua makhluk hidup ada sebab. Anda tidak mempunyai hak untuk menyakiti mereka.”

Dr Wawa membuat keputusan untuk menjadi seorang doktor haiwan ketika berusia 14 tahun, selepas seringkali merawat kucing-kucing neneknya yang akhirnya mati begitu sahaja.

 

Namun setelah menamatkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM), beliau dan suaminya tekad untuk membuka klinik bagi membantu haiwan-haiwan tersebut.

“Ini adalah sesuatu yang saya mahu lakukan dalam kehidupan saya iaitu untuk merawat haiwan dan juga untuk menjaga mereka.” katanya lagi.

Ketika ditanya apa perkara terbaik yang pernah dilakukan sepanjang dia menjalankan tugas, Dr Wawa berkata “Apabila pesakit saya menunjukkan peningkatan.”

Sebaliknya, perkara yang paling sukar dalam pekerjaannya ialah apabila tidak dapat menyelamatkan pesakit kerana komplikasi dan faktor lain.

“Ada kalanya, saya cuba optimis; tetapi kerana banyak faktor, saya kehilangan pesakit saya. Saya berasa sangat teruk untuk mereka.”

Menceritakan pengalaman menarik iaitu ketika Dr Wawa berkhidmat di Pahang, seorang peneroka Felda datang membawa landak yang mereka percaya luka dipatuk ular.

“Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan!”

“Saya tidak pernah menghampirinya apabila ia mula berkerut.” katanya sambil ketawa.

Dr Wawa juga merupakan sebahagian daripada pasukan verterinar yang pernah merawat kucing cedera dalam keadaan yang sangat mengerikan, antaranya kucing itu buta dan bahagian tengkoraknya terdedah sedikit kerana terluka.

“Kucing itu tidak boleh makan dan tidak dapat bernafas, tetapi hari ini kucing itu hidup dengan baik selepas menjalani rawatan yang berjaya secara menyeluruh.”

Bagi golongan muda yang menganggap menjadi doktor haiwan ini nasihat Dr. Wawa:

“Anda perlu bersabar. Kerja ini susah, namun akan puas apabila melihat kejayaannya.”

Klinik Haiwan Ohana,
B-2-G Putra Walk,
Jalan PP 25,
Seri Kembangan.

Waktu operasi : 11 pagi – 8 malam hari bekerja,
10 pagi – 5 petang Sabtu dan Ahad
tutup pada Khamis
Nombor telefon : 016-522 5123

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]