Warna tag di bungkusan roti berbeza, ketahui apa maksudnya

Setiap kali bersarapan sudah pasti roti menjadi salah satu menu wajib atas meja.

Tidak kiralah apa jua makanan yang dihidangkan roti tetap menjadi pilihan semua peringkat usia.

Daripada roti anda boleh pelbagaikan cara penyediaannya selain daripada makan dengan mentega atau jem sahaja.

Mesti anda perasan setiap roti yang dijual mempunyai tag harga dan setiap tag harga itu mempunyai warna yang berbeza.

Tapi, pernah tak anda terfikir kenapa tag di roti tersebut mempunyai warna yang berbeza?

Setiap warna menunjukkan hari yang berbeza

Sebenarnya, warna tag itu membawa maksud hari-hari dalam seminggu.

Ini juga bermakna, setiap hari dalam seminggu mempunyai tag warna yang lain-lain.

Contohnya, setiap isnin, tagnya akan menjadi warna coklat, selasa pula hari lain.

Kebanyakan jenama roti akan menggunakan tag warna seperti di dalam gambar.

1. Isnin warna biru.

2. Selasa warna hijau.

3. Khamis warna merah.

4. Jumaat warna putih.

5. Sabtu warna kuning.

Kod warna lain

Bagaimanapun, Gardenia menggunakan kod warna yang berbeza daripada jenama yang lain.

Kerana mereka membakar roti untuk setiap hari, oleh itu, mereka mempunyai tag warna untuk setiap hari Isnin hingga Ahad.

1. Isnin warna coklat cair

2. Selasa warna oren

3. Rabu warna kuning

4. Khamis warna biru

5. Jumaat warna hijau

6. Sabtu warna merah

7. Ahad warna putih

Dengan adanya ilmu mengenai tag warna bungkusan roti serta tarikh luput ini, anda boleh pilih roti yang lebih baru dan lebih segar.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]