Taman Rimba Kiara: Gopal Sri Ram wakili DBKL secara pro bono

Gopal Sri Ram.

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan pihaknya membelanjakan jumlah wang yang tinggi untuk mendapatkan khidmat Gopal Sri Ram, peguam yang mewakilinya dalam kes Taman Rimba Kiara.

Kementerian Wilayah Persekutuan dalam kenyataan hari ini menjelaskan, peguam itu menawarkan khidmat secara pro bono (percuma) untuk mewakili DBKL dalam kes tersebut.

“Apabila tawaran ini dirujuk kepada syarikat guaman yang mewakili DBKL dalam kes ini, mereka bersetuju menerima tawaran itu. Oleh itu, dakwaan bahawa DBKL membelanjakan jumlah yang tinggi untuk khidmat beliau adalah palsu dan tidak berasas,” menurut kenyataan itu.