Polis buka semula siasatan kematian model Belanda, Ivana Smit

KUALA LUMPUR: Polis mengumumkan siasatan semula kematian model warganegara Belanda Ivana Smit, yang terjatuh daripada balkoni sebuah pangsapuri di ibu negara, dua tahun lalu.

Kes dikelaskan semula sebagai kes bunuh selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati kematian Smit disebabkan oleh “individu yang dikenali atau tidak dikenali” dan mengetepikan keputusan Mahkamah Koroner yang mengelaskan kematiannya disebabkan nahas.

“Kita diarahkan untuk buka semula kertas siasatan dan punca kematian disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Kesesksaan,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed pada sidang media di Bukit Aman petang tadi.

Beberapa saksi akan dipanggil untuk memberikan keterangan, termasuk individu yang pernah dirakamkan kenyataan sebelum ini.

Pada 7 Disember 2012, Ivana ditemui mati di selepas tingkat 6 sebuah pangsapuri selepas jatuh daripada unit di tingkat 20 milik pasangan Alex Johnson dan Luna Almaz dari Amerika Syarikat.

Polis awalnya mengelaskan kematian model itu sebagai kematian mengejut tetapi membuka semula kes apabila keluarganya mengesyaki perbuatan khianat.