Tindakan berani rider FoodPanda dipuji selamatkan wanita hampir lemas

Setiap orang mempunyai masalah masing-masing dalam menempuh onak dan duri dalam kehidupan.

Dan sejak akhir-akhir ini, banyak kes bunuh diri yang dilaporkan tidak kiralah di dalam atau luar negara.

Macam yang berlaku baru-baru ini, seorang rider FoodPanda menyelamatkan seorang wanita di Sungai Klang, Selangor.

Rider FoodPanda yang kebetulan berada di tempat kejadian itu bertindak terjun apabila tiada individu lain untuk selamatkan seorang wanita yang dilihat sedang lemas.

Video yang dikongsikan di Facebook itu kini mendapat perhatian daripada netizen dan rata-rata ramai yang memuji tindakannya itu.

Dalam rakaman berkenaan, lelaki yang memakai seragam Foodpanda itu dilihat meredah sungai sebelum menyelamatkan gadis berkenaan yang terbaring di dalam air.

“Foodpanda rider selamatkan gadis yang cuba bunuh diri di Sungai Klang. Salute!” tulis pengendali Faceboook We Are Malaysians yang berkongsi video berkenaan.

Selain dikongsi ramai pelayar Facebook, video berkenaan turut dihujani pelbagai komen netizen.

Bagaimanapun sehingga kini, identiti gadis serta rider Foodpanda berkenaan masih belum dikenalpasti.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]