6 tip makan sendirian di luar

Mempunyai ramai kawan sememangnya sesuatu yang menyeronokkan.

Namun ada masanya sesetengah orang memerlukan masa bersendirian tidak kiralah dalam apa jua aktiviti.

Dan ia termasuklah ketika hendak makan.

Malah bagi yang belum ada pasangan ini juga dianggap perkara biasa yang perlu dihadapi.

Namun ada sesetengah orang berasa kekok atau janggal untuk makan sendirian.

Berikut beberapa tip untuk makan sendirian:

1. Abaikan apa orang fikir

Jangan pedulikan apa yang orang sekeluling cakap atau pandang anda apabila tengah makan sendirian.

Ini kerana hanya fikiran anda sahaja yang berkata sedemikian sedangkan mereka tidak peduli pun tentang anda.

2. Pergi kafe atau restoran tidak ramai orang

Kalau nak rasa selesa, orang pun tak tengok-tengok kita sebaiknya pilihlah kafe yang kurang pelanggannya. Ia untuk mengurangkan rasa janggal.

3. Elak pergi makan waktu puncak

Sebaiknya pergi makan pada bukan waktu puncak seperti “lunch hour” antara pukul 12-2.00 petang. Ini memang waktu makan tengah hari kebanyakan orang yang bekerja.

4. Pilih meja tersorok

Lepas sudah dapat tempat makan yang sesuai, pilihlah meja yang tersorok sikit dalam restoran.

Kalau boleh pilih meja yang ada dua tempat duduk saja jadi nanti bila tetiba restoran penuh kena kongsi meja dengan orang lain pulak kerana ia mungkin menyebabkan anda rasa tidak selesa.

5. Layan telefon, buku atau majalah

Sementara tunggu makanan sampai, pelayan datang atau selesai makan bolehlah “bermain” dengan telefon dulu.

Kalau nak nampak sibuk bawalah laptop dan buat kerja sementara makanan sampai.

Boleh juga bawa buku, akhbar atau majalah untuk anda baca supaya tak bosan.

6. Pesan makanan ringkas

Dah tahu makan sendirian janganlah pesan banyak makanan sampai mengundang mata memandang semacam.

Kalau rasa nak makan banyak, pesanlah satu satu dulu.

Lepas makan kemudian pesanlah pulak dessert so takdelah nampak kemaruk sangat.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]