Badan Peguam bidas hukuman keras terhadap individu ponteng solat Jumaat

Badan Peguam bidas hukuman keras terhadap individu ponteng solat Jumaat

Presiden Abdul Fareed berkata penghukuman mengikut undang-undang agama harus adil dan penuh belas kasihan.

Abdul Fareed Abdul Gafoor menyeru keadilan diwajakan dengan belas kasihan.
PETALING JAYA:
Badan Peguam mengkritik hukuman penjara sebulan dan denda lebih RM2,000 terhadap 6 orang di Terengganu kerana ponteng solat Jumaat oleh mahkamah syariah, hukuman yang disifatkan “keras” dan “berlebih-lebihan”.

Presiden Abdul Fareed Abdul Gafoor berkata hukuman itu keras memandangkan sifat kesalahan dan usia pelaku.

Beliau berkata walaupun undang-undang diri Islam terpakai pada orang Islam, harus diingatkan keadilan mesti diwajakan dengan belas kasihan.

Badan Peguam merasakan hukuman lebih ringan akan menjadi “teguran yang positif terhadap orang-orang yang mahu melakukan kesalahan”.

“Kami berpandangan penghukuman mengikut undang-undang agama seseorang mestilah tidak dilihat sebagai tiada belas kasihan dan keras, sebaliknya adil dan penuh belas kasihan dengan matlamat untuk mendidik, bukan menghukum,” katanya dalam kenyataan.

Enam orang, termasuk 2 remaja didenda dan dipenjara selepas mengaku bersalah di mahkamah syariah di Kuala Terengganu, dipercayai kes pertama di negara ini.

Mereka ditangkap mandi di tempat perkelahan popular di air terjun Sekayu pada Ogos.

Badan Peguam menggesa semakan hukuman dijalankan, “bagi mencerminkan kelembutan dan kemuliaan dalam ajaran undang-undang syariah.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.