Lelaki selamatkan kucing ‘dibuang’ dalam laut

Terdapat beberapa kes yang mungkin anda pernah baca dan lihat sendiri di depan mata tentang penderaan terhadap haiwan.

Pastinya ia bukan perkara yang patut dicontohi malah ia perlu diambil tindakan terhadap mereka yang melakukan perbuatan tersebut.

Namun penderaan ini masih terus berlaku berikutan kurangnya kesedaran dalam diri sesetengah masyarakat.

Seperti yang berlaku pada seekor kucing ini, ia dipercayai dibuang dari atas jambatan Pulau Pinang ke dalam laut dan kucing tersebut dilihat sedaya upaya berenang untuk menyelamatkan dirinya.

Dalam video itu menunjukkan seorang lelaki yang sedang memegang joran pancing cuba untuk menyauk kucing tersebut yang terkapai-kapai dan terus berenang ke arahnya.

Kucing yang berbulu hitam putih itu akhirnya berjaya diselamatkan oleh nelayan tersebut dengan menggunakan sauk ikan.

Usaha tiga orang pemuda yang memakai jaket keselamatan dan sedang memancing di salah satu tiang jambatan Pulau Pinang itu menerima pujian netizen sambil menyatakan ketidakpuasan hati mereka kepada individu yang tidak bertanggungjawab membuang kucing tersebut ke dalam laut.

Video berdurasi 52 saat itu dikongsikan dalam laman sosial Facebook “Saya Sayang Kucing-Malaysia” sehingga kini mendapat 45,000 tontonan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]