PM Finland letak jawatan

Presiden Finland, Sauli Niinisto pada Selasa menerima peletakan jawatan Perdana Menteri Antti Rinne, lapor agensi berita Sputnik. (Facebook pic)

Pertemuan Niinisto dan Rinne di kediaman presiden turut disiarkan media Finland.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan sejak saya berkhidmat sebagai perdana menteri,” kata Rinne.

Kerajaan pimpinan Rinne dilantik pada 6 Jun lalu selepas pilihan raya Parlimen.

Terdahulu, agensi berita Xinhua melaporkan Rinne mungkin berdepan undi tidak percaya kerana satu pihak yang menjadi rakan gabungan partinya tidak lagi menyokong kepimpinannya.

Parti Pusat dilaporkan tidak lagi menyokong Rinne yang juga pemimpin Parti Demokratik Sosial, tetapi ia masih menyokong program yang dilaksanakan kerajaan.

gambar Antti Rinne
Antti Rinne dilantik sebagai perdana menteri Finland selepas pilihan raya Parlimen pada 6 Jun lalu.