Azmin, sekutu akan hadir kongres PKR

Azmin, sekutu akan hadir kongres PKR

Perkembangan ini disebalik khabar angin mengenai acara berasingan di ibu negara serentak dengan kongres di Melaka.

Mohamed Azmin Ali.
KUALA LUMPUR:
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata beliau dan sekutunya akan menghadiri kongres nasional tahunan PKR yang akan berlangsung esok hingga hujung minggu ini, disebalik khabar angin mengenai acara berasingan di ibu negara.

Ditemui pemberita di Parlimen, Azmin memberitahu beliau dan rakan-rakannya dalam majlis pimpinan pusat PKR akan bertemu Presiden Anwar Ibrahim sejurus sidang media tamat.

“Kami akan membincangkan tentang kedudukan parti dan persiapan kongres,” katanya, sebelum menuju ke lif dipercayai ke bilik di mana mesyuarat biro politik PKR diadakan.

Turut kelihatan Naib Presiden Tian Chua dan Zuraida Kamaruddin, dan Pengerusi Selangor, Amirudin Shari.

Azmin berkata satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan selepas perjumpaan selesai. Beliau enggan mengulas khabar angin tentang acara berasingan di Kuala Lumpur yang tular di media sosial sejak awal minggu ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.