Beli RM50, dapat RM50 di KLIA dan klia2

Malaysia Airports memperkenalkan promosi “Beli RM50, dapat RM50” bagi meningkatkan gaya hidup membeli belah di lapangan terbang.

Bercakap kepada FMT, Pengurus Besar Kanan Lapangan Terbang bahagian Komersil, Nazli Aziz berkata promosi ini adalah sebahagian daripada kempen “Shop Like A Hero” atau kempen #ShopLAH

“Ini adalah sebahagian daripada strategi komersil kami. Kami mahu mencipta semula lapangan terbang antarabangsa kepada sebuah destinasi membeli-belah dengan hak mereka sendiri.”

Jelas Nazli lagi strategi komersil ini pada dasarnya melibatkan suntikan jenama baru, peruncit fesyen mewah dan pengalaman membeli-belah yang hebat di lapangan terbang.

Mengulas mengenai promosi “Beli RM50, Dapat RM50”, beliau turut berkata ia bertujuan untuk memaksimumkan potensi keuntungan potensi perniagaan menjelang akhir tahun ini.

“Inilah masanya apabila kita mempunyai ramai pelancong dan ramai di antara mereka akan mencari hadiah untuk rakan-rakan dan keluarga mereka di sini atau di luar negara.”

Semua pelancong boleh menggunakan promosi ini bermula sekarang sehingga 31 Disember di mana anda perlu membeli apa jua barangan sekurang-kurangnya RM50.

Pembelian itu mestilah di mana-mana cawangan dalam KLIA atau klia2, dan secara automatik anda akan mendapat e-baucer RM50.

E-baucer ini boleh digunakan untuk membeli minuman keras, tembakau, coklat, kuih, minyak wangi, dan kosmetik di kedai-kedai bebas cukai yang mengambil bahagian dengan nilai RM500.

“E-baucer boleh ditebus melalui Aplikasi MyAirports yang boleh dimuat turun secara percuma dari Apple App dan Google Play store.”

Nazli berkata Malaysia Airports yakin dapat mengakhiri tahun ini dengan lebih baik di bahagian perniagaan runcit memandangkan hasil yang diterima setakat ini sangat menggalakkan.

Pada tahun 2018, kedai-kedai runcit di lapangan terbang mencatatkan jualan sebanyak RM2.7 bilion, kira-kira 60% daripadanya ialah jualan bebas cukai.

“Kami percaya promosi ‘Kedai RM50, Dapat RM50’ akan meningkatkan jumlah pembeli serta kadar jualan runcit,” ujarnya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]