Import minyak boleh makan India susut hampir 19% dari Apr-Sept

Minyak sawit dari Indonesia dan Malaysia menguasai bahagian terbesar pasaran import minyak sayuran India.

NEW DELHI: Nilai import minyak boleh dimakan India bagi tempoh 6 bulan pertama tahun kewangan semasa turun hampir 19%, kata Kementerian Perdagangan dan Industri India.

India mengimport 5.87 juta tan metrik minyak boleh dimakan bernilai AS$3.59 bilion (AS$1=RM4.17) antara April dan September, merupakan penurunan 18.8% berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Menterinya Piyush Goyal memberi tahu Parlimen dalam jawapan bertulis pada Rabu bahawa India, pengimport minyak sayuran terbesar dunia, mengimport kira-kira 12.5 juta tan metrik minyak boleh dimakan mentah bernilai AS$8.22 bilion pada tahun kewangan 2018-19 (April-Mac).

Nilai ini kurang 14.17% berbanding import India pada 2017-18.

Minyak sawit dari Indonesia dan Malaysia menguasai bahagian terbesar dalam keseluruhan pasaran import minyak sayuran India.