Tracie raih emas selepas 14 tahun sertai gimnastik

Atlet Gimnastik kebangsaan Tracie Ang memulakan penglibatannya secara kompetetif di Sukan SEA 2005 pada umurnya 12 tahun. (Gambar Bernama)

MANILA: Atlet Gimnastik kebangsaan Tracie Ang memulakan penglibatannya secara kompetetif di Sukan SEA 2005 di Rizal Memorial Coliseum pada umurnya 12 tahun dan memenangi pingat gangsa berpasukan.

Sejak penampilan pertama itu, beliau berikan yang terbaik untuk memenangi pingat emas bagi acara individu, namun walaupun beliau memenangi berberapa pingat emas berpasukan dan pingat lain dalam acara individu, namun pingat emas individu masih gagal beliau kecapi.

Di sepanjang 14 tahun dalam sukan gimnastik menyaksikan beliau sering paksa dirinya lakukan lebih dari yang sepatutnya dan berhadapan dengan banyak kecederaan dan 3 pembedahan besar pada 2014, 2017 dan terakhir 2018, sehingga menyebabkannya terlepas daripada menyertai Sukan Komanwell 2018 di Gold Coast, Australia.

Akhirnya selepas semua pengorbanan dan usaha, atlet berusia 26 tahun dari Melaka itu, berjaya mengapai pingat emas yang paling diidamkan, di venue yang sama beliau mulakan kariernya.

Tracie berjaya mengungguli pingat emas dalam acara titian imbangan selepas menyakinkan juri untuk mengutip 12.867 mata.

Lebih menakjubkan, beliau melakukan semua aksi dengan 4 skrew titanium di dalam tangannya bagi membantu menstabilkan retakan yang dialaminya, tahun lepas.

“Saya amat gembira, terutamanya untuk menang pingat emas acara ini, kerana sering merasakan peralatan ini mendera saya. Setiap minggu dalam latihan, saya akan terhantuk kepala atau kaki, malah di sini di venue kejohanan juga ia berlaku,” katanya melawak.

“Saya ada sesuatu seperti ‘phobia’, ia mewujudkan rasa takut kerana selalu terlanggarnya. Kemudian saya katakan pada diri saya, saya telah lakukannya bertahun-tahun dan saya tahu saya boleh lakukannya. Saya rasa ini Sukan SEA saya yang terakhir, kerana badan saya sudah tidak boleh tahan lagi, saya rasa cukuplah,” katanya.

Bagaimanapun Tracie akan menyertai Kejohanan Asia tahun depan sebelum bersara daripada sukan ini, untuk berehat untuk satu tempoh masa bagi membuat keputusan apa yang akan dilakukan pada masa hadapan ataupun menjadi jurulatih.

Atlet Indonesia Rifda Irfanaluthfi menang perak selepas mengutip 12.133 mata, manakala Do Thi Van dari Vietnam gangsa (10.367). Seorang lagi gimnas Malaysia, Tan Ing Yueh di tempat keempat dengan 10.200 mata.

Sementara itu Farah Ann Abdul Hadi menang pingat emasnya yang ke-3 di Sukan SEA kali ini selepas mengekalkan pingat emas dalam acara senam lantai selepas mengutip 12.600 mata, mengalahkan Rifda (12.33) untuk perak dan Tran Doan Quynh Nam (12.033) gangsa. Tracie berada di tempat keempat dengan 11.800 mata.

Dengan berakhirnya pertandingan gimnastik, Malaysia mengungguli sukan itu dengan memenangi 5 emas, 1 perak dan 3 gangsa daripada keseluruhan 12 pingat emas yang dipertandingkan.