
“Saya tidak tuduh sesiapa, biar polis jalankan siasatan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Kongres Nasional Wanita PKR di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
Kongres Pemuda PKR kecoh selepas bekas pengerusi tetap, Mizan Adli Mohd Nor dan penyokong dikatakan cuba masuk ke dalam dewan persidangan selepas tidak dibenarkan berbuat demikian.
Sekurang-kurangnya seorang tercedera apabila pergaduhan membabitkan 2 kumpulan berterusan ke jalanan.
PKR dalam surat bertarikh 27 Nov menamatkan jawatan Mizan kerana berusia lebih 35 tahun dan jumlah undi yang diterima mereka pada pemilihan tahun lepas lebih banyak daripada perwakilan yang hadir.
Wan Azizah berkata pemecatan Mizan tidak sepatutnya menjadi isu kerana ia menepati jawapan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
“Kita dah dapat jawapan daripada JPPM. Itu menepati apa yang JPPM katakan – dua-dua itu dah gugur daripada jawatan mereka,” katanya.
Susulan pergaduhan hari ini, Timbalan Ketua Pemuda, Muhammad Hilman Idham mahu kepimpinan parti menjamin keselamatan pimpinan, perwakilan dan pemerhati.
Beliau berkata mereka tidak mahu datang ke kongres tanpa jaminan itu.
“Tak nak datang, tak datang lah. Datang lah, ini kongres kita kan? Mereka perwakilan, mereka dialu-alukan untuk datang,” katanya