EU lulus AS$329 juta bantu pelarian Syria, komuniti tuan rumah

EU lulus AS$329 juta bantu pelarian Syria, komuniti tuan rumah

Pakej bantuan baru itu bertujuan memperbaiki penjagaan kesihatan dan keadaan hidup pelarian Syria dan komuniti tuan rumah, selain mewujudkan peluang pekerjaan dan perlindungan sosial.

Sebahagian besar bantuan, iaitu sebanyak €70 juta, akan menaja penjagaan kesihatan di Lubnan, manakala €48 juta akan dibelanjakan bagi memperbaiki perkhidmatan air dan rawatan sisa di negara itu. (Gambar Reuters)
BRUSSELS:
Kesatuan Eropah (EU) akan memberikan sejumlah €297 juta (AS$329 juta) bagi membantu pelarian Syria dan komuniti tuan rumah di Jordan dan Lubnan, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik pengumuman Suruhanjaya Eropah pada Khamis.

Pakej bantuan baru itu bertujuan memperbaiki penjagaan kesihatan dan keadaan hidup pelarian Syria dan komuniti tuan rumah selain mewujudkan peluang pekerjaan dan perlindungan sosial.

Dana Amanah Serantau EU dalam Respons terhadap Krisis Syria menyalurkan bantuan kewangan. Ia pada asalnya ditubuhkan pada 2014 bagi menangani krisis kemanusiaan akibat perang Syria.
EU kini memutuskan untuk melanjutkan mandat bantuan dana itu sehingga 2023.

Sebahagian besar bantuan itu (€70 juta) akan menaja penjagaan kesihatan di Lubnan, manakala €48 juta akan dibelanjakan bagi memperbaiki perkhidmatan air dan rawatan sisa di negara itu.

Ekonomi Lubnan akan dirangsang oleh bantuan tambahan sebanyak €45 juta.

Jordan akan menerima €59 juta untuk “memperkukuh sikap berdikari pelarian dan komuniti tuan rumah” yang membabitkan program latihan dan bantuan bagi mewujudkan peluang pekerjaan untuk pelarian Syria.

Kem pelarian dan komuniti di negara jiran juga boleh memperbaiki sistem pengurusan sisa mereka daripada bahagian €39 juta pakej itu.

Kedua-dua negara akan memperoleh manfaat daripada geran sebanyak €36 juta bagi membantu pelarian Palestin di Syria.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.