
Beliau meminta mana-mana pihak yang memiliki rakaman kejadian menyerahkan keterangan-keterangan itu kepada lembaga disiplin, dan juga memohon polis menyiasat kejadian itu dan mengambil tindakan sewajarnya.
“Setiap kali nak buat sesuatu ada orang nak sabotaj. Setiap kali rancang program ada nak kacau ganggu. Sekarang Pemuda PKR bukan nak gaduh dan bertempur,” katanya dalam ucapan pengulungan Kongres Nasional Pemuda PKR di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
Kongres Pemuda PKR hari ini kecoh selepas bekas pengerusi tetap, Mizan Adli Mohd Nor dan penyokong dikatakan cuba masuk ke dalam dewan persidangan selepas tidak dibenarkan berbuat demikian.
PKR dalam surat bertarikh 27 Nov menamatkan jawatan Mizan kerana berusia lebih 35 tahun dan jumlah undi yang diterima mereka pada pemilihan tahun lepas lebih banyak daripada perwakilan yang hadir.
Sekurang-kurangnya seorang tercedera apabila pergaduhan membabitkan 2 kumpulan berterusan ke jalanan.
Kekacauan itu hanya dapat dileraikan sama sekali dengan campurtangan polis. Mereka membawa lelaki yang cedera itu untuk mendapatkan rawatan.