Menyentuh hati… Ibu lahir kembar 3 meninggal dunia bergambar bersama sebelum kebumi

Ibu mana yang tidak gembira apabila berjaya melahirkan kembar tiga secara normal.

Namun kuasa dan ketentuan tuhan tiada siapa yang dapat elak.

Kisah menyedihkan ini berlaku terhadap sebuah keluarga di Medan, Indonesia apabila seorang wanita meninggal dunia selepas melahirkan tiga cahaya mata kembar.

Memetik laporan Tribun News, wanita yang dikenali sebagai Rahmadina Nasution atau Dina Nasution itu melahirkan ketiga-tiga bayinya itu secara normal Selasa lalu.

Menurut Ketua Kampung Suka Makmur, Syarif Nasution setelah dirujuk di hospital, Dina kemudiannya telah dibawa pulang ke rumah.

Namun keadaan kesihatannya itu semakin merosot.

Dina dilaporkan mengalami pendarahan teruk dan sesak nafas, sebelum meninggal dunia di rumah keluarga suaminya, Heri.

Kisah Dina menjadi viral setelah dikongsi oleh seorang temannya di Facebook.

Lebih menyayat hati apabila ketiga-tiga anak kembarnya diletakkan disisi jenazah ibunya untuk bergambar buat kali terakhir sebelum dikebumikan.

Pasti siapa sahaja yang melihat gambar itu tersentuh di lubuk sanubari kerana ketiga-tiga bayi yang belum sempat mengenali ibu mereka terpaksa berpisah buat selama-lamanya.

Difahamkan dalam laporan itu, bapa kepada ketiga-tiga bayi kembar ini memberitahu banyak keluarga menawarkan untuk mengambil anak mereka sebagai anak angkat.

Bagaimanapun beliau berpendirian untuk membela sendiri ketiga-tiga kembarnya kerana baginya itu adalah pemberian terindah dan amanah dari isterinya sendiri untuk membesarkan mereka.

Dina Nasution berkahwin dengan Heri pada awal tahun 2019.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]