Aplikasi MyProton mudahkan pembelian serta servis kereta!

Kehidupan semakin moden dan canggih membolehkan semua perkara boleh dilakukan menerusi perkhidmatan atas talian termasuklah membeli belah hanya dengan menggunakan aplikasi yang disediakan.

Ia secara tidak langsung memudahkan semua orang untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut selain menjimatkan masa.

Antaranya termasuklah produk kecantikan, barangan bayi, barangan wanita, keperluan lelaki dan barangan rumah.

Dan terbaru bagi anda yang ingin membuat pembelian kereta buatan Malaysia iaitu Proton atau apa jua perkhidmatan berkaitan, anda kini boleh melayarinya sahaja menerusi aplikasi dalam talian, MyProton.

Ia sekaligus memudahkan anda menghantar kereta Proton anda ke mana-mana pusat servis terdekat.

Malah jika anda ingin “mencuci mata” tentang model terbaru Proton, anda juga boleh menggunakan aplikasi ini.

Aplikasi MyProton boleh dimuat turun menerusi Google Play Store (Android) dan App Store (Apple) terus ke telefon pintar anda.

Perkara lain yang anda perlu tahu tentang aplikasi MyProton :

  1. Maklumat Jualan dan Promosi Terkini.
  2. Talian bantuan kecemasan – Cuma buat tiga langkah mudah: telefon, kenal pasti isu, bantuan dihantar.
  3. Kemudahan servis – Jadual tukar minyak hitam, pusat servis pilihan dengan sistem tempahan atas talian, anggaran kos servis.
  4. Lokasi terdekat – Mudahkan pemilik cari pusat jualan, pusat servis dan pusat baik pulih dan semburan cat (body & paint) berdekatan.
  5. Info kereta – Maklumat tentang model terkini dengan butiran ciri-ciri, harga dan lain-lain.
  6. Kalkulator – Anggaran pinjaman bulanan mengikut model dan kadar faedah.
  7. Platform kongsi maklum balas – Berikan maklum balas anda secara terus, dan pautan terus ke laman sosial Proton.
  8. Maklumat kereta yang berdaftar – Semak sejarah servis dan kos dikenakan, serta jadual servis akan datang.
  9. Butik Proton (akan datang) – Menjual barangan cenderamata dan aksesori Proton.

MyProton mula diperkenalkan pada 2016 dan Proton adalah antara pengeluar terawal menyediakan kemudahan atas talian ini kepada pelanggan.

Semuanya semudah di hujung hari.

Lebih menarik, akan datang pemilik boleh menunggu kereta baru sampai ke rumah anda dan melihat status lokasi tempahan kereta.

Menarik bukan? Muat turun sekarang!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]