Bersahaja… Tunku Azizah naik KLIAEkspres curi tumpuan rakyat

Bersahaja… Tunku Azizah naik KLIAEkspres curi tumpuan rakyat

Gaya bersahaja Tunku Azizah Aminah Maimunah yang tidak kekok beramah mesra dengan orang ramai sering mendapat perhatian dan disanjung rakyat.

Sikap rendah diri Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menjadikan baginda disanjung hingga sentiasa menjadi tumpuan rakyat yang mahu mengikuti perkembangannya termasuk di laman sosial.

Baru-baru ini, baginda berkenan berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menggunakan Keretapi Ekspres Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIAEkpres) dari Stesen KL Sentral mencuri perhatian netizen.

Foto baginda tiba di KLIAEkpres dimuat naik di Instagram Istana Negara telah dihujani pelbagai komen dari rakyat.

Lebih menarik perhatian netizen adalah gaya bersahaja Tunku Azizah Aminah Maimunah yang tidak kekok beramah mesra dengan orang ramai.

Tunku Azizah turut mendedahkan, memang sebelum bergelar Raja Permaisuri Agong lagi Baginda seringkali menggunakan khidmat pengangkutan awam tersebut untuk pergi ke KLIA.

Difahamkan Baginda berangkat ke negara India bagi menerima persembahan Anugerah Kraf Antarabangsa.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.