Hendak bercuti, ambil tahu negara mana selamat atau tidak

Ramai mencari tempat untuk bercuti pada musim cuti sekolah ini.

Ada yang melancong dalam negara sahaja, namun ada juga ingin bercuti di negara orang.

Namun anda disarankan untuk tidak pergi ke negara Jepun kerana ia negara paling tidak selamat untuk disinggahi pada waktu kini.

Ia berikutan bencana yang melanda negaranya akibat perubahan iklim seramai 1,282 orang.

Ia diikuti negara Filipina 455 kematian dan Jerman 1246 kematian sekaligus menjadikan dua negara itu juga antara negara yang tidak selamat untuk dilawati.

Ia berdasarkan laporan German watch iaitu sebuah kumpulan pemikir pembangunan.

Ia disusuli dengan Sri Lanka yang mencatatkan kematian seramai 38 orang dengan nilai kerugian AS$3.62672 bilion untuk kuasa beli serta 1.24 peratus kerugian per unit dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sejak 2018.

Sri Lanka dilanda hujan lebat dan kemarau yang teruk pada 2018, menyaksikan lebih 170,000 orang terjejas dan hampir 6,000 penduduk terpaksa berpindah.

Pada 2019 dan 2020 Sri Lanka diramal akan terus mengalami cuaca yang tidak menentu dengan Pusat Pengurusan Bencana tempatan menyatakan ribuan orang dan lebih 20 daerah terjejas.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]