Lagu ‘Teman Sejati’ buka tirai hari terakhir Kongres PKR

Lagu ‘Teman Sejati’ buka tirai hari terakhir Kongres PKR

Naib Presiden PKR, Tian Chua yang hadir hari ini, tidak menyertai pimpinan lain menyanyikan lagu itu di pentas.

Anwar Ibrahim bersama pemimpin lain menyanyikan lagu ‘Teman Sejati’ di pentas.
AYER KEROH:
Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan pemimpin lain memulakan hari terakhir Kongres Nasional PKR di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MiTC) dengan menyanyikan lagu popular “Teman Sejati”, walaupun tanpa kehadiran Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali serta sekutunya.

Anwar bersama pimpinan lain berdiri di pentas menyanyikan lagu itu bersama penyanyi jemputan, Yasin Sulaiman.

Bagaimanapun, Naib Presiden PKR, Tian Chua yang hadir hari ini, tidak menyertai pimpinan lain di pentas menyanyikan lagu itu.

Yasin berkata, lagu itu adalah permintaan daripada Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil memberi penghargaan kepada Tian Chua atas sumbangan dan pengorbanannya kepada parti itu selama 20 tahun.

Perwakilan mengangkat poster tertera Anwar sebagai perdana menteri ke-8 pada hari terakhir Kongres Nasional PKR hari ini.

“Hari ini beliau bersama kita, ini yang kita mahukan,” katanya yang disambut sorakan daripada perwakilan.

Semalam, Tian Chua bersama Azmin dan Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin, Ali Biju serta sekutu lain meninggalkan dewan ketika kongres berlangsung separuh jalan kerana ucapan provokatif perwakilan.

Kecuali Tian Chua, kebanyakan pemimpin yang meninggalkan dewan semalam tidak menghadiri kongres hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.