PH bincang tarikh peralihan kuasa PM tak lama lagi, kata Anwar

Anwar Ibrahim (tengah) beramah mesra dengan perwakilan dan pemerhati selepas sesi penggulungan pada Kongres Nasional PKR di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka hari ini. (Gambar Bernama)

AYER KEROH: Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) akan membincangkan tarikh peralihan kuasa perdana menteri tidak lama lagi.

“Jangan fikir kita perlu tergesa-gesa,” katanya pada sidang media selepas berakhirnya Kongres Nasional PKR di sini, hari ini.

Beliau berkata, isu peralihan kuasa sudah ada kejelasan, kecuali tarikh yang belum ditetapkan.

“Soal tarikh biar saya dan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad. Tetapi, ia tidak menjadi isu selagi dipersetujui PH.”

Isu peralihan kuasa berulag kali bangkit dengan Mahathir memberi jaminan akan melepaskan jawatan itu sebelum pilihan raya umum akan datang.