Instagram tidak digodam: Apa anda perlu buat?

Instagram salah satu media sosial yang lebih banyak digunakan untuk memuat naik gambar yang menarik oleh selebriti khususnya untuk tatapan peminat.

Malah Instagram turut menjadi platform kepada beberapa “Instafamous” yang dilabel sebagai artis dengan mempunyai jumlah pengikut yang sangat ramai.

Ini bermakna dunia seni kini berbeza kerana banyak yang lahir daripada media sosial seperti Vivy Yusof yang merupakan seorang usahawan, kini menjadi ikon fesyen terkini yang lebih trending.

Dalam perkembangan Instagram ini, terdapat juga beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menggodam privasi seseorang.

Berikutan itu terdapat beberapa langkah yang boleh anda gunakan supaya Instagram anda berada dalam keadaan yang selamat.

1. Letak kata laluan yang unik

Anda perlu menggunakan kata laluan dengan gabungkan angka, huruf, dan tanda baca. Elakkan guna kata laluan yang ada tarikh lahir kerana ramai akan tahu mengenainya.

Jika boleh, gunakan kata laluan yang berbeza pada setiap laman sosial supaya ia tidak mudah diingati mana-mana pihak yang pernah tahu kata laluan anda sebelum ini.

2. Batalkan akses aplikasi pihak ketiga

Ramai yang tidak tahu bahawa Instagram merupakan laman sosial yang membenarkan pihak ketiga mengambil gambar anda yang telah dimuat naik untuk diedit semula.

Dalam hal ini, apa yang anda perlu lakukan adalah :

• Buka “setting”
• Pergi kepada “security”
• Jika anda terlihat ada pihak ketiga yang mencurigakan, batalkan akses.

3. Hantar kod kepada telefon anda

Anda boleh mengaktifkan nombor telefon anda pada Instagram. Jadi jika ada pihak ketiga yang cuba menggodam, anda boleh tahu dengan pantas kerana kod itu akan dihantar ke telefon anda.

Selepas diaktifkan, kod tersebut akan dihantar menerusi SMS di telefon pintar anda.

4. Periksa aktiviti akaun Instagram

Pergi kepada “security” dan tekan “log in activity”.
Di situ anda boleh lihat aktiviti “log in” termasuk lokasi dan tarikh akses.

Jika ada yang mencurigakan, sila ambil tindakan.

5. Jangan buka mesej daripada orang mencurigakan

Anda perlu berhati-hati dengan komen atau mesej yang diberikan oleh orang atau pautan yang mencurigakan. Boleh jadi ia merupakan virus yang mengambil informasi peribadi tanpa meminta izin untuk “log in”.

Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, anda harus melakukan semua perkara diatas dan Instagram anda berada dalam keadaan yang selamat daripada digodam!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]