Netizen terhibur tengok ‘Mat Saleh’ buat TikTok kupas rambutan pakai peeler

Seperti semua sedia maklum, orang luar negara terutamanya dari negara barat mempunyai satu sikap ingin tahu yang sangat tinggi.

Bak kata pepatah mereka “ingin tahu adalah nafsu kepada minda”.

Sudah banyak video pelik yang dibuat oleh “Mat Saleh” ini mencuba pelbagai jenis buah-buahan tempatan negara kita.

Terbaru, seorang personaliti TikTok, Gavin Smith membuat sebuah video menunjukkan percubaan beliau mengupas kulit buah Rambutan menggunakan peeler buah atau pengupas buah berjaya membuatkan netizen tempatan terhibur.

Perkongsian video tersebut dimuat naik semula di laman Twitter oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @sabrinemra.

Menerusi video tersebut, beliau dilihat kehairanan melihat rupa bentuk rambutan tersebut dan memikirkan cara untuk mengupas buah tersebut.

Apa yang menarik perhatian ramai, beliau dilihat cuba mengupas buah tersebut dengan “mencukur” buah tersebut menggunakan peeler buah.

Memang habis buah rambutan tu kena kupas sampai ke biji.

Mula-mula Gavin guna peeler, kemudian diambilnya pisau untuk kerat rambutan.

Boleh dengar suara dia pelik bila ternampak biji rambutan tu.

Susulan daripada perkongsian tersebut, ramai netizen yang terhibur dengan gelagat beliau.

Ada juga yang meninggalkan komen dengan berjeneka di atas gelagatnya itu.

Melalui tweet Sabrine Amira yang kini mempunyai lebih 12,400 retweets, ramai netizen bagi reaksi tentang apa yang mereka tonton dalam video Gavin itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]