Pasukan khas belum serah laporan akhir kehilangan Amri, Koh, kata Suhakam

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkata pasukan petugas khas yang ditubuhkan untuk menyiasat kehilangan pengasas Perlis Hope, Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh belum menyerahkan laporan akhirnya.

Pesuruhjaya Mah Seng Kwai berkata laporan itu sepatutnya diserahkan bulan ini.

Pasukan 6 anggota itu ditubuhkan oleh Kementerian Dalam Negeri pada Mei untuk melihat dapatan awal Suhakam mengenai kehilangan 2 lelaki itu, yang digambarkan sebagai mangsa kehilangan paksa.

“Kami tunggu pasukan petugas khas menyerahkan laporan mereka,” kata Mah, yang mempengerusikan panel inkuiri Suhakam, di tepian sambutan Hari Hak Asasi Manusia hari ini.Pesuruhjaya Mah Seng Kwai berkata laporan itu sepatutnya diserahkan bulan ini.

Beliau berkata pasukan petugas khas harus menyerahkan laporan kepada Kabinet, yang kemudian ia akan diserah kepada Suhakam.

“Antara syor kami akan pasukan petugas khas itu menjalankan siasatan lanjut ke atas kes itu,” katanya.

Ia sepatutnya menyiasat isu-isu yang tidak pada awalnya dikupas siasatan Suhakam.

Pada April, selepas pendengaran yang panjang sejak Ogos tahun lalu, Suhakam mengelaurkan dapatan siasatannya, mengatakan Cawangan Khas disebalik kehilangan Amri dan Koh.

Amri hilang pada 24 Nov 2016 selepas meninggalkan rumahnya di Kangar, Perlis, sementara Koh diculik sekumpulan orang bertopeng pada Jalan SS4B/10 di Petaling Jaya, Selangor pada 13 Feb 2017.