
Penolong Pendaftar Muhammad Azam Md Eusoff mengeluarkan perintah reman bermula hari ini sehingga 16 Dis susulan permohonan polis yang menyiasat mereka di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberikan maklumat palsu kepada penjawat awam.
Juruaudit dan ketua juruwang, berusia 40-an itu mendakwa 2 lelaki menaiki motorsikal menyamun kira-kira RM120,000, atau 3 hari pendapatan restoran itu, semasa sedang dibawa ke bank.
Mereka berkata lelaki yang memakai ves polis dan balaklava itu mengambil beg yang mengandungi wang dan melarikan diri menggunakan motosikal.
Bagaimanapun, mereka kemudian mengakui wang itu tersembunyi di dalam kereta.
Mereka akan disiasat kerana memberikan maklumat palsu kepada seorang penjawat awam, kesalahan yang memperuntukkan hukuman penjara 6 bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Panggilan kecemasan yang dibuat mereka menyaksikan polis mengadakan sekatan jalan raya di sekitar kawasan itu yang menyebabkan kesesakan lalu lintas berjam-jam di pulau itu.