Pengasas kod bar meninggal dunia

Pengasas kod bar, Jurutera AS George J Laurer meninggal dunia minggu lalu pada usianya 94 tahun.

Ahli keluarga melaporkan bahawa pengebumiannya dilakukan di kampungnya, Wendell, North Carolina.

Laurer sebelum itu diiktiraf sebagai pengasas Kod Produk Universal (UPC), atau kod bar, yang boleh diperolehi terhadap berjuta produk, perkhidmatan dan barang-barang lain sebagai proses pengenalpastian.

Ia dibuat daripada bar hitam yang berbeza pada setiap ketebalannya dan mengandungi 12 angka di mana ia boleh diimbas dan mengenal pasti produk serta harganya.

Pada 1969, Laurer dilantik menjadi Jurutera dan Saintis senior IBM di Raleigh, North Carolina.

Beliau kemudiannya turut mempelopori pembangunan simbol Kod Produk Universal (UPC) yang memberi revolusi baru kepada setiap industri di seluruh dunia.

Dua dekad kemudian, Laurer terus mengembangkan pengimbas yang boleh membaca kod secara digital.

IBM melancarkan produk itu pada tahun 1973, dan urus niaga kod bar pertama berlaku pada 26 Jun tahun berikutnya, di sebuah pasar raya di bandar Troy, Ohio.

Produk pertama yang diimbas adalah satu pek Gula-gula Wrigley’s Juicy Fruit chewing, yang kini dipamerkan di Smithsonian National Museum of American History di Washington.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]