Wow… kucing pun ada temple dikenali sebagai Cat Shrine

Boleh dikatakan semua orang suka dengan kucing disebabkan kecomelan dan sifat manja yang ada padanya.

Maka tidak mustahil jika dikatakan separuh daripada penduduk di dunia ini ada memelihara kucing.

Namun tahukah anda mengenai satu tempat khas yang dipanggil sebagai Nyan Nyan Ji ataupun dalam Bahasa Inggeris bermaksud Meow Meow Temple!

Nyan Nyan Ji ini terletak di Kyoto, Japan dan seperti namanya, temple ini menempatkan banyak kucing yang mana juga bertugas sebagai Monk ataupun sami di temple tersebut.

Di Nyan Nyan Ji, terdapat seekor kucing yang sangat terkenal iaitu Koyuki.

Pemilik Nyan Nyan Ji ini menyatakan Koyuki sangat gemar duduk bersama-sama pengunjung dan sangat jinak.

Koyuki yang bertindak sebagai “head monk” di Nyan Nyan Ji ini turut ditemani oleh kucing-kucing lain.

Antara kucing lain yang juga merupakan monk seperti Koyuki adalah Waka, Chin, Aruji, Ren, Konatsu dan juga Chicchi.

Setiap cat monk ini juga mempunyai pembantu mereka sendiri yang mana merupakan seekor kucing juga!

Temple ini dikatakan telah dibuka oleh Toru Kaya, seorang pengecat temple dan shrine terkenal.

Menurut pemilik Nyan Nyan Ji, temple ini telah lama dibuka dan Koyuki sebenarnya merupakan generasi ketiga yang diangkat menjadi head monk di temple ini.

Di Nyan Nyan Ji, bukan sahaja terdapat cat temple tapi pengunjung juga berpeluang untuk berehat sebentar di Cat Cafe.

Dan seperti di Cat Cafe yang lain, anda juga boleh makan sambil ditemani oleh kucing-kucing yang comel dan juga memesan makanan yang mempunyai tema kucing-kucing yang comel!

Selain dari Nyan Nyan Ji, anda juga boleh pergi ke Gotokuji Temple ataupun nama lainnya Lucky Cat Temple yang terletak di Tokyo.

Tempat ini juga dikatakan tempat terciptanya Maneki–neko ataupun Luck-Inviting Cat Figurine iaitu kucing yang mengerakkan tangan kanannya seolah-olah memanggil.

Ramai orang Jepun yang percaya patung kucing ini membawa tuah kepada mereka.

Ada yang mengatakan, pada abad ke-17, Li Naotaka yang merupakan Lord kedua untuk Omi–Hikone domain telah berjaya melarikan diri setelah dia terperangkap dalam hujan ribut.

Dia kemudiannya berteduh didalam sebuah temple yang usang dan didalam temple tersebut terdapat seekor kucing yang seakan-akan mempelawa dia untuk berehat dan berteduh di situ.

Sebagai tanda perhargaan, Naotaka telah membaiki temple tersebut dan menjadikan temple ini sebagai temple rasmi untuk Li Clan.

Setelah Naotaka meninggal dunia, temple ini telah diubah nama menjadi Gotokuji, yang diambil dari salah satu nama yang digunakan oleh Buddha iaitu Kyushoin-den Gotokuten ei-daikoji.

Semenjak itu, temple ini telah dipenuhkan dengan lucky cat figurines yang mana telah didermakan oleh pengunjung-pengunjung temple ini.

Dan pada hari ini, ramai pengunjung yang datang ke sini kerana mereka percaya temple ini boleh memberikan tuah kepada mereka.

Mereka juga akan menilik nasib untuk melihat nasib mereka bagus ataupun buruk pada masa akan datang.

Andai kata mereka menerima nasib yang buruk, mereka boleh mengikat kertas tilik mereka kepada dahan pokok yang terdapat di hadapan temple ini bertujuan untuk meninggalkan nasib buruk mereka di situ.

Selalunya pengunjung akan membeli patung-patung lucky cat kemudian digunakan untuk sembahyang.

Selepas itu mereka akan meninggalkan patung tersebut di Gotokuji Temple.

Sebab itu bila anda datang ke sini, anda akan nampak banyak patung-patung lucky cat yang diletakkan di sekitar temple ini!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]